Untung bersih Apex Healthcare Berhad melonjak kepada RM20.7 juta

SHAH ALAM – Keuntungan bersih Apex Healthcare Berhad melonjak kepada RM20.7 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2021 berbanding RM14.39 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun sebelumnya. Ini menjadikan perolehan meningkat sebanyak 44.2 peratus. Hasil suku tahunan juga meningkat kepada 22 peratus iaitu sebanyak RM197.66 juta berbanding RM161.58 juta dalam tempoh yang…

Read More

Kerugian bersih Pos Malaysia bertambah kepada RM335.73 juta

KUALA LUMPUR – Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 bertambah kepada RM335.73 juta daripada kerugian bersih sebanyak RM308.02 juta yang direkodkan semasa tahun kewangan 2020. Pendapatan merosot kepada RM2.19 bilion berbanding RM2.33 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa. Perolehan daripada segmen pos…

Read More

Axiata rekod keuntungan bersih RM819.9 juta

SHAH ALAM – Axiata Group Bhd (Axiata) merekodkan peningkatan keuntungan bersih lebih 100 peratus kepada RM818.9 juta pada tahun kewangan 2021 yang berakhir 31 Disember tahun lalu berbanding RM363 juta pada 2020. Axiata memaklumkan pendapatan kumpulan itu turut meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding tahun lalu kepada RM25.9 bilion manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai…

Read More

Pos Malaysia catat kerugian bersih RM49.2 juta

POS Malaysia Bhd (Pos Malaysia) mencatatkan kerugian bersih yang rendah sebanyak RM49.2 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2020 berbanding RM141.1 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Perolehan merosot 6.1 peratus kepada RM558.5 juta. Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata perolehan segmen pos daripada produk mel dan runcit adalah sebanyak RM190.3 juta,…

Read More

Petronas Dagangan catat rugi bersih RM29.42 juta suku pertama

KUALA LUMPUR – Petronas Dagangan Bhd (PetDag) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM29.42 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2020 berbanding keuntungan bersih RM291.20 juta pada suku yang sama 2019. Perolehan turut susut kepada RM6.55 bilion daripada RM7.81 bilion bagi tempoh yang sama. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, PetDag berkata, penurunan perolehan sebanyak…

Read More

Bank Rakyat catat keuntungan bersih RM1.15 bilion

KUMPULAN Bank Rakyat merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM1.15 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir Disember 2019 dan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.79 bilion, di tengah-tengah tahun yang mencabar. Meskipun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar, prestasi yang baik ini dapat dicapai melalui pendapatan bersih yang lebih tinggi sebanyak 3.26 peratus berikutan pertumbuhan pendapatan operasi…

Read More

Petronas catat untung bersih RM40.5 bilion

KUALA LUMPUR – Keuntungan bersih Petronas turun 27 peratus kepada RM40.5 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 daripada RM55.3 bilion dalam tahun kewangan 2018 berikutan hasil rendah yang susut empat peratus kepada RM240.3 bilion daripada RM251 bilion pada tahun sebelumnya. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata,…

Read More

Untung bersih Bursa Malaysia susut kepada RM185.9 juta

KUALA LUMPUR – Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (FY2019) susut 17 peratus kepada RM185.86 juta daripada RM224.04 juta pada tahun kewangan sebelumnya. Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM502.49 juta daripada RM550 juta sebelum ini. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, pengendali bursa saham itu berkata, penyusutan itu…

Read More