Carilah harta yang halal dan bersederhana…
ALLAH SWT menurunkan pelbagai rahmat dan nikmat untuk hamba-hamba-Nya berlumba-lumba mendapatkannya. Malangnya, ada dalam kalangan kita yang mendapatkannya dengan cara yang tidak benar. Sebenarnya, mengumpul harta dan kekayaan amat digalakkan supaya kehidupan kita sempurna dan terjamin. Namun, selepas ekonomi kita menjadi kukuh, Islam mensyariatkan supaya membelanjakan harta itu dengan cara yang dibenarkan antaranya membayar zakat,…