
Hub Logistik Antarabangsa bawa pelaburan hampir RM2 billion
PROJEK Hub Logistik Antarabangsa Shah Alam di Seksyen 16 di sini dijangka bakal membawa sejumlah pelaburan mencecah sehingga RM2 bilion. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, projek melibatkan keluasan seluas 28.73 hektar dijangka akan siap sepenuhnya pada 2028. Beliau berkata, ia akan memberikan peluang pekerjaan kepada 2,000 sehingga 5,000 penduduk di negeri itu…