FMM gesa cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguh

Soh Thian Lai. Foto Bernama PERSEKUTUAN Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa agar cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguhkan dahulu sementara menunggu kajian selanjutnya untuk mengurangkan impak ke atas pengeluar dan orang ramai. Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, persatuan itu mengambil kira kebimbangan terhadap kenaikan cukai perkhidmatan terutamanya ke atas perkhidmatan logistik yang membebankan…

Read More

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ketiga berturut-turut

RINGGIT ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut pada Rabu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susulan jangkaan semakin meningkat mengenai penurunan kadar faedah AS. Keadaan itu disusuli oleh perbincangan baharu mengenai kadar faedah rendah pada Selasa, kali ini oleh Christopher Waller, ahli Rizab Persekutuan (Fed) AS yang dihormati dan cenderung kepada kadar faedah tinggi sebelum ini….

Read More

Bursa Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut

BURSA Malaysia ditutup rendah pada Rabu bagi tiga hari berturut-turut selepas mencatatkan kenaikan, diheret turun oleh aktiviti jualan saham wajaran tinggi dalam telekomunikasi dan perbankan, kata seorang penganalisis. Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.13 peratus atau 1.95 mata kepada 1,446.07 daripada 1,448.02 ketika ditutup pada Selasa. Indeks itu dibuka…

Read More

Perdagangan Malaysia bagi Januari-Oktober tahun ini lepas RM2 trilion

PERDAGANGAN Malaysia melepasi paras RM2 trilion bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, mencecah nilai RM2.181 trilion dengan eksport berjumlah RM1.186 trilion manakala import bernilai RM995.55 bilion. Menurut kenyataan pada Isnin, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan perdagangan, eksport dan import masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 8.0 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas manakala…

Read More

Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus

BANK Islam Malaysia Bhd menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023) di tengah-tengah permintaan dalam negeri yang berdaya tahan walaupun berdepan cabaran luar. Bank itu berkata, penggunaan swasta bertindak sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi berikutan peningkatan kecil 0.6 peratus dalam produktiviti buruh dari tahun ke tahun…

Read More

TM perkenal pakej Unifi baharu serendah RM99 bagi 100Mbps

TELEKOM Malaysia Bhd (TM) memperkenalkan pakej jalur lebar Unifi baharu, menawarkan kemampuan lebih tinggi melalui pengurangan harga yang ketara, perkhidmatan gaya hidup tertumpu nilai tambah dan penyelesaian perniagaan bersepadu. Syarikat telekomunikasi itu menjelaskan pakej baharu Unifi itu bertujuan menambah baik pengalaman pelanggan kepada Internet baharu 100 megabit sesaat (Mbps), yang memberikan pengalaman pengguna terbaik seiring…

Read More

Kedah terima pelaburan RM14.6 bilion bagi separuh pertama 2023 – Sanusi

Sanusi bercakap pada sidang media mengenai prestasi pelaburan di Kedah di Wisma Darul Aman pada Khamis. – Foto Bernama KERAJAAN negeri Kedah menerima pelaburan diluluskan berjumlah RM14.6 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2023, kata Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Beliau berkata, angka itu satu pencapaian membanggakan yang dipacu dengan kelengkapan fasiliti…

Read More

Peruntukan RM5 juta bagi program EDL – Rafizi

Rafizi Ramli – Foto: Bernama KERAJAAN akan memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi Program Kepimpinan Digital Eksekutif (EDL) yang dijalankan dengan kerjasama strategik antara Kementerian Ekonomi melalui agensinya MyDIGITAL Corporation dan Asia School of Business /MIT Sloan Management, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. “Ini sebagai permulaan kos bagi menyediakan kemudahan diperlukan, dan selepas kohort pertama dijalankan…

Read More

Inisiatif ISP lonjak tarikan Malaysia bagi pelabur asing

PAS Pelabur Strategik (ISP) yang menawarkan manfaat layanan istimewa untuk pelabur memasuki Malaysia secara berulang kali, dijangka dapat melonjakkan tarikan Malaysia bagi kalangan pelabur asing, kata ahli ekonomi. Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Prof Yeah Kim Leng berkata, kemudahan itu juga mampu meningkatkan persepsi positif pelabur terhadap iklim pelaburan negara ini. “Sentimen sedemikian akan mempengaruhi keputusan…

Read More