🔥 KELATE KE KL 2026 🔥

Anok Kelate, pakat mari! Dikir Barat, Wayang Kulit dan muzik Kelantan bakal takeover Zepp KL! 🔥

Buat pertama kalinya, barisan artis anak Kelantan berhimpun dalam satu malam penuh hiburan, budaya dan nostalgia yang bakal menggegarkan ibu kota.

 Eda Ezrin
 Rosalinda
Adik Waniey
 Man Khan
 Den Manjo
Fendi Kenali
Aris Kapilla

Daripada keunikan seni Wayang Kulit dan semangat Dikir Barat, sehinggalah lagu-lagu yang menjadi siulan ramai, semuanya bakal dipersembahkan dalam sebuah pengalaman yang meraikan identiti dan kebanggaan anak Kelantan.

📅 29 Ogos 2026 (Sabtu)
📍 Zepp Kuala Lumpur

✨ Satu malam. Satu pentas. Satu jiwa.

🔥 KL KITE DATANG! 🔥

Tag geng anok Kelate korang dan pakat share ramai-ramai. Jumpa di Zepp KL!

#KelateKL2026
#100Orikelate
#SuaroKitoJiwokito
#KLKiteDatang
#AnokKelate
#DikirBarat
#WayangKulit
#ZeppKL
#KelantanUntukMalaysia

Fenomena hiburan Pantai Timur bakal menggegarkan ibu kota menerusi konsert mega Kelate Ke KL 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur. Dengan membawa tema “Suaro Kito, Jiwo Kito – 100% Ori Kelate”, acara ini menjadi platform besar yang meraikan identiti, seni dan budaya Kelantan dalam satu malam penuh warna, muzik dan semangat anak Kelantan yang dijangka memberi pengalaman luar biasa kepada para peminat.

Konsert ini menghimpunkan barisan artis popular kelahiran Kelantan yang bakal menghidupkan pentas dengan persembahan bertenaga dan penuh emosi. Antara nama yang bakal membuat persembahan ialah Eda Ezrin, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Den Manjo, Fendi Kenali dan Aris Capella, yang masing-masing membawa gaya dan pengaruh tersendiri dalam industri muzik tempatan.

Menurut Pengarah Projek Kelate Ke KL 2026, Mas Ayie Mas Omar, penganjuran konsert ini bukan sekadar acara hiburan semata-mata, tetapi sebuah platform penting untuk mengangkat identiti seni dan budaya Kelantan ke peringkat yang lebih luas. Ia juga bertujuan mengumpulkan anak-anak Kelantan serta peminat muzik Pantai Timur dari seluruh negara dalam sebuah acara berprestij yang meraikan kebanggaan bersama.

Selain persembahan utama, penganjur turut merancang pelbagai pengisian menarik termasuk penampilan khas, segmen budaya dan kejutan eksklusif yang akan diumumkan secara berperingkat menjelang hari konsert. Ini sekali gus menambah keterujaan peminat yang tidak sabar menantikan pengalaman berbeza pada edisi kali ini.

Maklumat berkaitan penjualan tiket akan diumumkan dalam masa terdekat, dengan jualan rasmi bakal dilakukan secara eksklusif menerusi Illaso.com.my. Orang ramai digalakkan untuk mengikuti saluran media sosial rasmi Kelate Ke KL 2026 bagi mendapatkan perkembangan terkini, pengumuman tiket serta aktiviti-aktiviti menarik yang akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.

Dengan gabungan artis popular, tema yang kuat serta misi memperkenalkan budaya Kelantan ke arus perdana, Kelate Ke KL 2026 dijangka menjadi antara konsert paling dinanti pada tahun 2026 dan mencipta fenomena baharu dalam industri hiburan tanah air.

KELATE KE KL 2026

Tarikh: 29 Ogos 2026
Lokasi: Zepp Kuala Lumpur

Dianjurkan Oleh

Natriya Enterprise
Irama Entertainment
Ikarl Project