SkyWorld tawar solusi miliki rumah idaman melalui Maybank MyDeco

Dari kiri Tracy, Chee Seng dan Pengarah Serantau untuk Wilayah FT Maybank, Alan Ng ketika majlis kerjasama di SkySierra Residences, (The Valley), Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Dari kiri Tracy, Chee Seng dan Pengarah Serantau untuk Wilayah FT Maybank, Alan Ng ketika majlis kerjasama di SkySierra Residences, (The Valley), Setiawangsa, Kuala Lumpur.

SKYWORLD Development Berhad (SkyWorld) bekerjasama dengan Maybank dalam menawarkan skim pembiayaan ubah suai dalaman rumah inovatif kepada semua pemilik rumah SkyWorld yang dikenali sebagai MyDeco.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, skim pembiayaan tersebut dilancarkan untuk membantu pemilik rumah merealisasikan pengubahsuaian rumah impian mereka.

“Kerjasama bersama Maybank ini adalah bukti komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap keperluan dan aspirasi pelanggan dengan menawarkan penyelesaian oleh Maybank seperti MyDeco.

“Kami memahami proses pengubahsuaian rumah kepada mahligai impian melibatkan lebih daripada struktur untuk mewujudkan persekitaran yang mencerminkan gaya dan personaliti unik seseorang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut Chee Seng, Maybank MyDeco menawarkan penyelesaian pembiayaan yang mudah dan boleh diakses untuk menjadikan transformasi berkenaan sebagai satu realiti.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Gadai Janji untuk Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank Malaysia, Tracy Pan berkata, institusi perbankan itu menawarkan penyelesaian pembiayaan inovatif ekosistem gadai janji bagi membantu individu yang mahu memiliki dekorasi dalaman rumah yang ideal.

“Maybank menyediakan ekosistem pembiayaan holistik untuk pemilikan, daripada pembiayaan pembelian rumah kepada pengubahsuaian dan hiasan serta melindungi aset melalui pelbagai skim insurans juga takaful,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau memberitahu bahawa pihaknya teruja bekerjasama dengan SkyWorld dan berharap hubungan yang dibina itu bermanfaat serta dinamik.

Maybank MyDeco merupakan skim pembiayaan pengubahsuaian rumah pertama yang membenarkan pemilik rumah menambah margin kewangan sebanyak 30 peratus atau sehingga jumlah gabungan 120 peratus daripada nilai hartanah.

Untuk memohon pembiayaan Maybank MyDeco, pemilik rumah SkyWorld dengan gadai janji sedia ada bersama Maybank boleh mengakses Maybank MyDeco dengan mudah melalui SkyWorld’s Solution, pasaran e-dagang di bawah aplikasi SkyWorld Connects.

Sumber