Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Simbolik Kebebasan: Kisah Emosi di Sebalik ‘Bila Kau Datang Menangis’.
  • Artist
  • Music
  • News

Simbolik Kebebasan: Kisah Emosi di Sebalik ‘Bila Kau Datang Menangis’.

Helmi Aziz October 6, 2025 (Last updated: October 6, 2025) 3 minutes read
DUKES - Bila Kau Datang Menangis

DUKES, kumpulan muzik yang terdiri daripada lima anak muda penuh semangat eksperimental, tampil dengan muzik video terbaharu berjudul Bila Kau Datang Menangis. Muzik video ini mengetengahkan konsep simbolik yang sarat dengan emosi, menggambarkan perjalanan dari keterperangkapaan menuju kebebasan melalui visual yang penuh tenaga dan warna.

Dalam muzik video ini, DUKES dipaparkan bermain di dalam sebuah glass cube yang menjadi metafora kepada perasaan terasing. Kiub kaca itu mewakili batasan emosi dan jurang antara dunia dalam diri dengan dunia luar yang hanya mampu melihat tanpa memahami. Namun menjelang penghujung video, naratif berubah apabila ruang tertutup itu bertukar menjadi pentas kebebasan, diserikan dengan letupan warna, percikan cat dan aksi santai para ahli band. Transformasi ini mencerminkan pelepasan perasaan yang tertahan serta kebangkitan semula tenaga dan ekspresi sebenar DUKES.

Proses penggambaran berlangsung di dalam studio bagi memberi kebebasan maksimum dalam eksplorasi visual. Keputusan ini membolehkan penggunaan teknik khas seperti slow shutter light trails, lensa fisheye untuk kesan bentuk terdistorsi, dan babak letupan cat berwarna yang menjadi simbol utama kebebasan. Setiap elemen dirancang dengan teliti bagi menghasilkan suasana visual yang dramatik dan memikat.

Muzik video ini diarahkan oleh Shiha Zikir dan Arul daripada SHIHA ZIKIR EMPIRE PRODUCTION. Kolaborasi antara DUKES dan Shiha Zikir lahir daripada keinginan untuk menggabungkan muzik dan penceritaan visual yang kuat. Menurut Shiha, konsep awal projek ini berinspirasikan unsur air sebelum berkembang menjadi ledakan cat berwarna, simbol kepada pelepasan emosi yang mendalam.

Antara cabaran utama yang dilalui pasukan produksi ialah menghasilkan kesan slow shutter yang memerlukan ketepatan antara cahaya dan pergerakan. Namun, momen paling berkesan bagi semua yang terlibat adalah sewaktu adegan letupan cat, di mana suasana dalam kiub kaca bertukar daripada dingin kepada pancaran warna yang menggambarkan kebebasan dan kejujuran emosi.

Vokalis DUKES, Ziyyad, berkongsi bahawa pengalaman menghasilkan muzik video ini memberikan ruang buat mereka untuk meluahkan rasa dengan lebih jujur. Baginya, kiub kaca itu bukan sekadar set, tetapi cerminan kepada emosi ramai orang yang terperangkap dalam diri sendiri. Saat letupan warna berlaku, ia menjadi simbol pembebasan dan kelegaan — satu manifestasi visual kepada semangat muzik DUKES yang bebas, mentah dan penuh kejujuran.

Dengan gabungan simbolisme, sinematografi eksperimental dan tenaga persembahan yang tulus, Bila Kau Datang Menangis bukan sekadar muzik video, tetapi sebuah pengalaman visual yang menggugah emosi dan membawa penonton memahami perjalanan dalaman DUKES. Saksikan muzik video penuh Bila Kau Datang Menangis di YouTube sekarang dan hayati ledakan emosi yang dibawakan oleh DUKES.

Untuk maklumat terkini mengenai Alternate Records & Talents, ikuti mereka di Facebook, @alternate.my_ di Instagram dan @alternate.rt_ di TikTok.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: “BORAK SEENI” – Menekankan suasana santai, mesra, dan sesuai dengan slot pagi Astro Prima.
Next: Get Ready to See and Hear the Future with the Upcoming vivo V60 Lite 5G

Related Stories

  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.