Para peminat kugiran Hujan, Masdo, Bunkface, dan Insomniacks kembali mengucapkan ‘JIWA KACAU’ kepada pemuzik-pemuzik handalan tanah air ini dalam siri Showcase Jiwa Kacau 2024. Selepas kejayaan mengumpulkan hampir 8,000 peminat pada Showcase Jiwa Kacau 2023, MND Sport & Event Sdn Bhd tidak mahu keterujaan peminat ‘mati’ begitu sahaja. Kali ini, Jiwa Kacau berkolaborasi bersama Kopi Saigon sebagai penaja utama. Dengan penuh berbesar hati, sebagai penganjur, MND Sport & Event Sdn Bhd membawa kembali barisan kugiran sama yang mencetuskan fenomena dalam Showcase Jiwa Kacau 2023, iaitu Hujan, Masdo, Bunkface, dan Insomniacks, untuk Showcase Jiwa Kacau 2024. Berlangsung pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil, Showcase Jiwa Kacau 2024 dihangatkan lagi dengan penyertaan kugiran dari Indonesia, Nidji, serta penampilan khas daripada solois tempatan, Luqman Podolski. Menariknya, SHOWCASE JIWA KACAU 2024 dihadiri oleh 15,000 penonton dari pelbagai usia dan negeri/negara yang datang memeriahkan acara dengan penjenamaan JIWA KACAU buat kali kedua. Malah, ini adalah kali pertama konsert diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, yang menerima sijil dari Malaysia Book of Record, disampaikan oleh Puan Siti Hajar binti Johor dan Encik Iliyas Bin Jamil kepada Encik Harith Daniel, CEO MND Sports & Events, atas pencapaian tersebut. “Enam penampilan penuh energatik yang telah menghiburkan pengunjung pada malam Showcase Jiwa Kacau 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 Jun 2024. TERIMA KASIH buat semua yang hadir serta pihak penaja kami, Naura Pisang Goreng, Copi Kitchen, Masy, Big boss HSP, Thread Division, Sanggul Event! Dan juga Penaja Utama SHOWCASE JIWA KACAU 2024 iaitu Kopi Saigon! “Showcase Jiwa Kacau 2024 bukan hanya menjadi tempat bersuka ria atau pesta semata-mata tetapi penganjuran ini menjadi medan berkembang, semarak sekali gus melestarikan muzik tempatan terutama buat generasi kini dan akan datang,” ujar Daniel Harith dari MND Sport & Event Sdn Bhd. INFORMASI ACARA: SHOWCASE JIWA KACAU 2024 ARTIS: HUJAN, MASDO, NIDJI, BUNKFACE, INSOMNIACKS, LUQMAN PODOLSKI TARIKH: 22 JUN 2024 LOKASI: STADIUM HOKI BUKIT JALIL PENGANJUR: MND SPORT & EVENT SDN BHD PENAJA UTAMA: KOPI SAIGON PENAJA-PENAJA: “ Naura Pisang Goreng, Copi Kitchen, Masy, Big boss HSP, Thread Division, Sanggul Event! Dan juga Penaja Utama kita…Kopi Saigon!! PENGARAH KONSERT: Azmi Zainal dari Mie Bird Project JUMLAH PENONTON: 15,000 RADIO RASMI: ERA FM DIGITAL RASMI: ASTRO GEMPAK SENARAI LAGU JIWA KACAU 2024 1. LuqmanPodolski Bahaya Kembar MYVI MungkinAku Tak Penting KalauKau Rindu RingRing 2. MASDO MedleyLa Obe + Janji Manis MissFlower Learn To Twist InilanJalannya BerdukaLara PerihJerih Dinda MalamPesta Rock N Roll Berchanda 3. INSOMNIACKS IGAUANMALAM REMINISENSI TEMAN KEPALABATU SEMPURNA PULANG 4. NIDJI LalaSong DiscoLazy Time ArtiSahabat SumpahC Matiku Wadow LaskarPelangi Biarlah HapusAku 5. Hujan KotakHati Obsesi AhmoiChantek LonelySolder Boy Empayarmu BilaAku Sudah Tiada PagiYang Gelap AkuSkandal 6. BUNKFACE Hilang MalamIni Kita Yang Punya MedleyHigh School Rockers/ Silly Lily RentakLaguku Panik Situasi Revolusi Post navigation Cherry On Top: Buah Mulut dengan Single “Ketagih” Bersama Datuk Syafinaz Selamat ‘Here4U’: DOLLA Meraikan Peminat Setia dengan Single Baharu yang Menggemparkan