Sehari di 5 pulau di Semporna

Sehari di 5 pulau di Semporna

  • June 19, 2019
  • 0 comments

Jom Relaks

NEGERI Sabah cukup terkenal seantero dunia dengan keindahan semula jadinya yang dikatakan antara yang terbaik di planet ini.

Negeri itu juga mempunyai banyak pulau indah yang diibaratkan seperti ‘syurga buatan manusia’.

LAUT jernih pasti membuatkan anda merindui untuk melancong ke Sabah lagi

LAUT jernih pasti membuatkan anda merindui untuk melancong ke Sabah lagi

Pendek kata, sesiapa yang memilih untuk melancong ke Sabah tidak akan menyesal dan akan kembali sekali lagi.

Baru-baru ini, penulis diberi kesempatan oleh Tourism Malaysia ke beberapa pulau sekitar di Semporna April lalu.

Sukar mahu digambarkan dengan kata-kata. Penulis sendiri merasakan sisi hebat pulau-pulau di sana. Bau segar lautan yang terbentang luas dan hamparan pasir pantai yang memutih cukup mempesonakan.

Benar kata orang, pulau-pulau di sana umpama ‘Maldives Asia Tenggara’.

Berikut penulis kongsikan beberapa pulau yang boleh dilawati sekiranya anda bertandang ke Semporna.

1. Pulau Bohey Dulang

PELANCONG tidak putus-putus melancong ke Pulau Bohey Dulang.

PELANCONG tidak putus-putus melancong ke Pulau Bohey Dulang.

Pulau Bohey Dulang terbentuk daripada letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu. Keistimewaan pulau itu ialah ia mempunyai puncak bukit setinggi 300 meter.

Hanya memerlukan sekitar 30 hingga 45 minit sahaja untuk mendaki ke puncak bagi menyaksikan pemandangan yang sangat memukau.

Tidak sekadar itu, aktiviti snorkeling, selam skuba dan mandi-manda wajib dilakukan saat hadir ke sini.

Menariknya, Pulau Bohey Dulang menyediakan nurseri dan pusat penetasan kerang gergasi. Unik bukan? Mungkin sesuatu yang luar biasa kepada pengunjung seperti penulis.

2. Pulau Mantabuan

PIHAK keselamatan sentiasa menjaga keselamatan di Pulau Mantabuan.

PIHAK keselamatan sentiasa menjaga keselamatan di Pulau Mantabuan.

Pulau Mantabuan mempunyai pemandangan yang amat cantik selain mempunyai hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni.

Terus terang penulis katakan, deruan ombak yang memecah pantai menaikkan lagi seri keindahan pulau tersebut.

Sebagai tambah nilai, pengunjung boleh berkenalan dengan penduduk asal suku Bajau Asli yang mendiami pulau tersebut. Mereka amat mesra dan tidak kekok menerima kunjungan pelawat.

Keindahan pulau itu wajib diteroka!

3. Pulau Tatagan

PARA pengunjung boleh menyaksikan kehidupan msyarakat Gipsi Laut di Pulau Tatangan

PARA pengunjung boleh menyaksikan kehidupan msyarakat Gipsi Laut di Pulau Tatangan

Pulau itu juga dihuni oleh masyarakat Bajau Laut yang mempunyai perkampungan khas di atas air. Mereka turut digelar Gipsi Laut.

Kehidupan sebenar Gipsi Laut boleh diperhatikan sebaik pengunjung menjejakkan kaki ke sana.

Sihat:Aktif difahamkan, kaum minoriti itu tidak betah berada di darat terlalu lama. Mungkin fakta itu benar.

Paling memukau pandangan penulis pastinya kelibat kanak-kanak kecil yang begitu mahir menggunakan bot atau lepa.

Mereka juga sangat ramah. Seperkara, sudah menjadi satu budaya penduduk di sana akan menghampiri bot pelancong untuk meminta duit dan barangan lain.

Justeru, sebelum ke Pulau Tatagan, penulis mencadangkan agar pengunjung menyediakan makanan ringan dan barangan yang boleh diberikan kepada mereka.

4. Pulau Sibuan

KEINDAHAN Pulau Sibuan

KEINDAHAN Pulau Sibuan

Di Pulau Sibuan yang terletak di perairan Laut Sulawesi sangat berbaloi dilawati.

Pasirnya yang halus dan rasa ketenangan yang maksimum menjadikan pulau itu sesuai untuk disinggah pada masa yang lebih lama.

Kalau berhasrat untuk berkelah di Pulau Sibuan, penulis mencadangkan pengunjung membawa bekalan kerana di sana tiada gerai jualan.

5. Pulau Mabul

RESORT yang disediakan di Pulau Mabul

RESORT yang disediakan di Pulau Mabul

Ia berdekatan dengan Pulau Sipadan dan amat sesuai untuk aktiviti menyelam.

Di pulau itu dikatakan terdapat banyak hidupan eksotik seperti sotong kurita, udang geragau, ketam, rumpai laut dan sebagainya. Mata anda akan dijamu dengan pemandangan penduduk tempatan menjual hasil laut dengan menggunakan sampan.

Jika mempunyai bajet lebih, menginaplah di Sipadan Mabul Resort yang turut menyediakan pakej untuk aktiviti pelancongan sekitar pulau berhampiran.

ANEKDOT

AKTIVITI snorkeling di Pulau Sibuan.

AKTIVITI snorkeling di Pulau Sibuan.

Info cara ke pulau-pulau sekitar Semporna, Sabah

– Dari Lapangan Terbang Tawau, pengunjung perlu ke Pekan Semporna.

– Ia mengambil masa kira-kira sejam.

– Kemudian para pelancong perlu menaiki bot laju dari jeti di Pekan Semporna untuk ke Pulau yang ingin dituju. Biasanya ia mengambil masa selama 30 minit hingga satu jam 30 minit mengikut jarak pulau.

– Cara terbaik untuk meneroka pulau-pulau sekitar Sabah ialah dengan mengambil pakej yang ditawarkan oleh resort.

– Pendekatan itu juga lebih selamat dan menyenangkan perjalanan kerana mereka sangat memahami selok-belok pulau di Semporna.

Keselamatan

– Jika bercadang ke pulau-pulau sekitar Semporna, Sabah, pengunjung tidak perlu risau dengan soal keselamatan.

– Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan menyediakan pos kawalan keselamatan yang digerakkan kerajaan dan Pihak Berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM).

– Hasil pemerhatian penulis, pihak ESSCOM sentiasa berkawal di beberapa buah pulau yang dilawati oleh pelancong.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge