Samsung terus memperluas pengalaman AI pintar kepada lebih ramai pengguna melalui siri Galaxy A yang kini menyokong akses terus ke pembantu AI Gemini dari Google. Dengan hanya menekan dan menahan butang sisi, pengguna boleh mengaktifkan Gemini untuk mendapatkan bantuan pintar dalam kehidupan harian – ciri yang sebelum ini eksklusif untuk siri Galaxy S kini dibawa ke Galaxy A sebagai sebahagian daripada usaha Samsung mendemokrasikan teknologi AI terkini.
Melalui kerjasama strategik antara Samsung dan Google, kemas kini ini akan diperkenalkan bermula awal Mei kepada model terpilih seperti Galaxy A56 5G, Galaxy A36 5G dan Galaxy A26 5G. Pembantu Gemini membolehkan pengguna mengurus jadual, cari lokasi menarik, dapatkan cadangan hadiah, atau menyelesaikan tugasan rentas aplikasi seperti Google Maps, Messages, serta aplikasi Samsung dan pihak ketiga semuanya melalui arahan suara yang mudah.
Kemudahan akses pantas ke Gemini membawa pengalaman yang lebih lancar dan intuitif kepada pengguna, menjadikan Galaxy A sebagai pilihan terbaik untuk mereka yang mahukan nilai dan prestasi dalam satu peranti. Dengan Awesome Intelligence terbina dalam, kini setiap tugasan harian seperti merancang makan malam atau berkongsi lokasi restoran kegemaran menjadi lebih cepat dan tanpa perlu menaip.
Menambah nilai kepada pengalaman pengguna, Samsung turut menawarkan ganjaran menarik sehingga RM429 sehingga 30 April 2025 untuk setiap pembelian Galaxy A26 5G, A36 5G atau A56 5G. Antara ganjaran termasuk e-baucar eksklusif, naik taraf storan, jaminan tambahan, dan diskaun sehingga 30% untuk pembelian aksesori dan peranti Galaxy yang lain.
Samsung terus komited menjadikan teknologi AI lebih mudah diakses oleh semua. Dengan hanya satu sentuhan, pengguna kini boleh membawa sokongan pintar ke dalam rutin harian mereka melalui siri Galaxy A yang kini lebih awesome dari sebelumnya.