Cara masakannya pun tidak begitu susah, yang penting anda rajin ya. Jom, femina kongsikan resepi rendang ini.
1 ekor ayam kampung
2 kilogram (kg) sayur maman
2 kg santan (bersamaan 6 biji kelapa)
8/10 keping asam keping
2 buku kunyit hidup
Cili api (ikut suka)
garam secukup rasa
Cara-cara memasak:
1) Siang daun maman, basuh dan toskan supaya tidak terlalu basah.
2) Bersihkan daging dan masukkan ke dalam kuali.
3) Kisar kunyit dan cili api, campurkan ke dalam daging tadi.
4) Masukkan santan dan garam. Kemudian, kacau bahan daging dan air cili itu supaya rata.
5) Setelah kuah pekat masukkan asam keping.
6) Bila santan pecah minyak, baru masukkan daun maman.
7) Ingat, jangan kacau terlalu kuat dikhuatiri keluar air pahitnya. Lakukan perlahan-lahan supaya daunnya layu dan tenggelam. Setelah semuanya layu, barulah dikacau rata garamnya. Angkat dan hidang!