Ramadan Bersama Astro Shaw dan Mirinda: Sebarkan Kebaikan, Serikan Kehidupan

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Astro Shaw dengan kerjasama Mirinda menganjurkan majlis berbuka puasa bersama 40 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur, Rawang, Selangor. Majlis ini menjadi lambang keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki, di mana sumbangan duit raya serta hamper disampaikan oleh Amy Gan, Ketua Penjenamaan, Pemasaran & Pengedaran Astro Shaw, dan Norsalvina Alwee.

Turut memeriahkan suasana, barisan pelakon dari filem dan drama terbitan Astro Shaw seperti Keluang Man, Abah Saya Uncle Mike, One Cent Thief 2, dan First Wives hadir berkongsi keceriaan bersama anak-anak yatim. Lebih bermakna, individu sebenar yang menjadi inspirasi filem Abah Saya Uncle Mike Michael Tong Wai Siong atau mesra dikenali sebagai Uncle Mike turut hadir bersama tiga anak angkatnya, menyentuh hati setiap hadirin.

Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, menegaskan bahawa kerjasama bersama Etika bukan hanya memperkukuh jenama, tetapi juga mengeratkan hubungan dengan komuniti. “Kami percaya hiburan mampu menjadi jambatan yang menyatukan masyarakat. Majlis seperti ini bukan sekadar membawa keceriaan, tetapi mencipta detik bermakna yang diingati sepanjang hayat,” katanya.

Mirinda juga melancarkan treler rasmi Raya bertajuk “Balik Rayaaahhh”, menampilkan babak menyentuh hati daripada filem Abah Saya Uncle Mike yang mengisahkan perjalanan penuh emosi seorang bapa bersama tiga anak angkatnya dalam suasana perayaan di kampung.

Sebagai pelengkap kempen Raya tahun ini, pelbagai aktiviti menarik telah dirangka. Antaranya, sesi ramah mesra bersama selebriti di lokasi terpilih, sesi uji bakat eksklusif untuk drama premium Astro Originals berjudul “Bad Cop”, serta peluang memenangi e-Duit Raya bernilai RM260,000 dengan pembelian minimum RM15 dari jenama yang mengambil bahagian seperti Mirinda, 7UP, Goodday Charge, dan Wonda.

Rebut peluang untuk berjumpa selebriti kegemaran anda, sertai uji bakat eksklusif, dan menangi e-Duit Raya bernilai RM260,000.

Saksikan filem aksi Keluang Man yang bakal menemui peminat di pawagam bermula 29 Mei 2025, filem inspirasi Abah Saya Uncle Mike pada Ogos 2025, serta drama premium First Wives yang akan ditayangkan di Astro Ria dan Astro Go mulai 11 April 2025, jam 9.00 malam.

Ikuti perkembangan terkini di platform media sosial Astro Shaw seperti Instagram, X, Facebook, dan TikTok.