Proton, Affin Bank lancar kad kredit/-i Afiliasi

Wan Razly (kiri) dan Roslan (kanan) melancarkan kad kredit/-i Afiliasi AFFIN AVANCE PROTON yang diadakan di Menara Affin, Kuala Lumpur.

Wan Razly (kiri) dan Roslan (kanan) melancarkan kad kredit/-i Afiliasi AFFIN AVANCE PROTON yang diadakan di Menara Affin, Kuala Lumpur.

PENGELUAR kereta nasional, Proton menjalinkan kerjasama strategik bersama Affin Bank dengan melancarkan kad kredit/-i Afiliasi yang disasarkan kepada pemilik Proton.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah berkata, kad kredit/-i Afiliasi AFFIN AVANCE PROTON memberikan keistimewaan dan faedah eksklusif kepada pelanggannya apabila mereka menggunakannya untuk membuat pembayaran di cawangan yang dibenarkan.

“Kad Kredit/-i Afiliasi AFFIN AVANCE PROTON dicipta khusus untuk pelanggan Proton yang menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan. Kami percaya kad ahli gabungan akan meningkatkan lagi pengalaman pemilikan sambil memberi ganjaran kepada mereka apabila mereka servis kereta mereka atau membeli produk kami.

“Mana-mana pembeli Proton yang membiayai pembelian mereka dengan Affin Bank secara automatik akan ditawarkan kad baharu ini dan kami menggalakkan semua pemilik sedia untuk turut memohonnya untuk menikmati keistimewaannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, Affin Bank berbangga menjadi rakan kongsi dengan Proton, syarikat automotif Malaysia, pada tahun ia meraikan ulang tahunnya yang ke-40.

Salah seorang pembeli (tengah) menerima kunci kereta Proton X90 daripada Wan Razly (kiri) dan Roslan (kanan).

Salah seorang pembeli (tengah) menerima kunci kereta Proton X90 daripada Wan Razly (kiri) dan Roslan (kanan).

“Kami percaya kerjasama itu menunjukkan semangat inovasi yang wujud dalam kedua-dua Affin Bank dan Proton sambil membantu memberi ganjaran dan mengembangkan asas pelanggan untuk kedua-dua jenama,” kata Wan Razly.

Banyak keistimewaan diberikan kepada pemegang kad tersebut termasuklah pengecualian yuran tahunan seumur hidup.tiga kali mata ganjaran Affin untuk menjamu selera, pembelian dalam talian/e-dagang dan transaksi di outlet Proton.

Pemegang kad itu juga menikmati sekali mata mata ganjaran Affin untuk transaksi runcit lain, permohonan overdraf dan tunai tanpa kerumitan dan sifar peratus ansuran mudah sehingga 24 bulan serta sifar kadar faedah/keuntungan untuk pembelian cawangan Proton termasuk servis.

Kad Kredit/-i Afiliasi AFFIN AVANCE PROTON telah dilancarkan secara rasmi oleh Roslan dan Wan Razly di Menara Affin, Kuala Lumpur.

Pemberian kunci simbolik untuk Proton X90, tambahan terbaharu kepada rangkaian Proton turut diserahkan kepada pelanggan yang telah membiayai kenderaan mereka menggunakan kemudahan sewa beli Affin Bank.

Sumber