Menurut kajian sentimen pengguna property guru Malaysia H2 2020,lebih ramai rakyat Malaysia yang mencari rumah yang memiliki ruang yang besar dengan menilai hartanah, harga dan reputasi rumah tersebut. Rakyat Malaysia kini semakin peka dan teliti terhadap harga rumah dan apabila menguruskan perbelanjaan berikutan COVID-19 menjelang kemelesetan yang diunjurkan.
Selain pertimbangan ruang dan pemaju, para responden juga memilih pengudaraan dan pencahayaan semula jadi (63%), infrastruktur internet berkelajuan tinggi dan pemasangan Internet of Things (IoT) (60%) serta sistem penyejukan dan penjimatan tenaga pintar (53%) sebagai kemudahan yang lebih penting kepada mereka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilangsungkan.
Kemudahan kecergasan dan perniagaan bersepadu merupakan ciri-ciri projek yang paling tidak diingini (37%). Ini dapat dikaitkan dengan fakta bahawa banyak kemudahan sebegini tidak dapat diakses selama tempoh PKP. Dari segi lokasi, kesan penularan wabak COVID-19 secara tempatan pada corak pencarian hartanah adalah kecil, dengan hanya 20% responden yang menyatakan bahawa mereka akan mengelakkan zon merah atau unit-unit hartanah yang diletakkan di bawah langkah-langkah PKP yang diperketatkan.
Ciri-ciri pemaju yang dicari oleh pencari rumah
Fernandez berkata: “Kajian Sentimen Pengguna PropertyGuru Malaysia juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sudah menjadi kurang peka jenama dalam perjalanan pembelian hartanah mereka. Kini, mereka lebih sudi mempertimbangkan unit hartanah daripada pemaju-pemaju lain, selagi pemaju berkenaan dapat membekalkan ciri-ciri yang mereka mahukan pada harga yang mereka ingini.”
Dengan memanfaatkan jangkauan PropertyGuru sebagai laman web hartanah terbesar di Malaysia, kajian ini mendapati bahawa reputasi pemaju, portfolio dan rekod prestasi lebih penting daripada status penyenaraian awam syarikat kepada pencari rumah, dengan hanya 31% responden masih mengutamakan syarikat tersenarai awam ketika mencari unit hartanah. Pencari rumah yang lebih muda dan golongan yang tinggal bersama ibu bapa adalah pengecualian dapatan kajian ini, jadi demografi ini masih mengutamakan syarikat-syarikat tersenarai awam.
Faktor-faktor lain yang dipertimbangkan oleh pencari rumah dalam menilai pemaju, menurut Kajian Sentimen Pengguna PropertyGuru Malaysia, termasuklah insentif kewangan, potongan harga dan pulangan tunai yang ditawarkan (68%), kualiti kelengkapan dalaman yang disediakan (66%) dan kestabilan kewangan pemaju (58%).
“Ini menyoroti keperluan pemaju untuk mengubah pendekatan mereka, dan terutamanya relevan dalam masa ini ketika cadangan untuk cukai pengosongan dan kawalan sewa dan harga baru sahaja dikemukakan, serta kesan PKP terhadap jumlah penjualan dan aliran tunai. Anda mesti membina apa yang orang perlukan. Memadankan penawaran pasaran dengan permintaan bukan lagi satu pilihan, tetapi ia telah menjadi keperluan pemaju untuk kekal hidup,” kata Fernandez.
Penemuan ini muncul di tengah lonjakan minat terhadap pemilikan rumah di kalangan rakyat-rakyat Malaysia yang lebih muda dan golongan penyewa selepas PKP, dengan 34% pembeli rumah kali pertama mempertimbangkan pembelian hartanah pada H2 2020 dan 51% sedang merancang perjalanan pembelian hartanah mereka untuk H1 2021.