Projek pembangunan hartanah berprestij

DENGAN kedudukan lokasi strategik, akses mudah dan dijual pada harga mampu milik, BSP21, sebuah projek pembangunan hartanah LBS Bina Group Berhad (LBS Bina) tidak harus dilepaskan khususnya untuk pasangan muda dan pembeli rumah pertama.

Ini kerana, BSP21 merupakan sebuah projek pembangunan hartanah berprestij untuk mereka yang amat mengutamakan gaya hidup sihat dan berkualiti.

Segala kemudahan, infrastruktur dan reka bentuk yang ditonjolkan oleh LBS di dalam BSP21 bertempat di Bandar Saujana Putra sebuah perbandaran yang dinamik itu, memberi pilihan yang terbaik untuk mereka yang mahukan kehidupan mendamaikan.

BSP21, pembangunan hartanah di atas kawasan seluas 340 hektar itu merangkumkan 70 fasiliti dan kemudahan serba lengkap termasuk rumah kelab empat tingkat.

Dilengkapi rangkaian kemudahan jalan raya

BSP21 menawarkan capaian mudah dan boleh diakses menerusi Lebuhraya ELITE (ke Shah Alam dan KLIA) SKVE (ke Klang , Putrajaya dan Cyberjaya), MEX ( ke KLCC, Putrajaya dan Cyberjaya) , KESAS (ke Klang KLCC) serta LDP (ke Puchong, Damansara serta Petaling Jaya), selain rangkaian jalan bandar bagi memudahkan perjalanan untuk lebih 30,000 jumlah penduduk BSP dan masyarakat sekitar.

Selain itu, lokasi strategi, BSP21 menjadi lebih menarik dengan adanya kemudahan masa depan di mana akan turut menempatkan bangunan sekolah rendah dan menengah serta kemudahan berhampiran seperti bank, klinik, kedai makan , stesen minyak, balai polis dan kedai serbaneka.

Ia sekaligus memenuhi keperluan dan kehendak penghuninya dari segi rekaan dan kemudahan yang disediakan. Bahkan ibu bapa tidak perlu risau mengenai pendidikan anak-anak.

Pembangunan ini juga menawarkan pelbagai kemudahan lain dan dilengkapi trek joging dan berbasikal sejauh 2.7km.

Menariknya lagi, di BSP21 warga emas turut juga boleh menikmati kemudahan stesen senaman yang direka khas untuk keselamatan tambahan.

Pendek kata, BSP21 dibangunkan dengan satu tujuan iaitu untuk memberikan fleksibiliti. Setiap kawasan dan ruang dalam kawasan kediaman memberikan kemudahan sokongan kepada penghuni. Kawasan yang tenang dan mendamaikan memberi nilai tambah pada BSP21.

BSP21 meliputi 10 blok pangsapuri

BSP21 adalah pangsapuri perkhidmatan baharu yang terletak di Bandar Saujana Putra dan dibangunkan oleh LBS Bina Group Berhad. Ia telah pun dilancarkan dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM1.4 bilion.

BSP21 menyediakan 2,602 unit kediaman merangkumi 10 blok pangsapuri perkhidmatan setinggi 18 hingga 27 tingkat bersama 28 unit kedai.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Lim Hock San, fasa pertama dan kedua pembangunan hartanah berkenaan telah pun siap sepenuhnya, dan ketika ini pembangunan sedang rancak dibangunkan untuk fasa ketiga dan keempat.

“Kami jangkakan kesemua fasa ketiga dan empat akan siap pada tahun ini. Bagaimanapun, dari segi jualan, hanya 10 peratus kediaman belum terjual dan kami sasarkan ia akan terjual sepenuhnya pada awal tahun depan,” katanya.

Bagi menjadi sebuah perbandaran yang dinamik, LBS Bina amat mementingkan kepada kualiti dalam sesuatu projek yang dibangunkan selain membangunkan kediaman mampu milik.

Malah katanya, setiap projek pembinaan yang dibangunkan mengikut kehendak pembeli di sesuatu lokasi.

Katanya, sepertimana BSP21, tarikan yang terdapat pada projek pembangunan hartanah tersebut adalah reka bentuknya selain menyediakan lebih daripada 70 fasiliti untuk memenuhi gaya hidup masa kini.

“Terdapat sembilan jenis rekaan menarik untuk dipilih bagi menggambarkan keperibadian setiap penghuninya. Kediaman jenis C berkeluasan 1,048 kaki persegi yang dijual pada harga bermula dari RM312,387 (harga bumiputera) dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air, cukup selesa untuk didiami seisi keluarga.

Menurutnya, semua unit berkenaan direka khas untuk menepati ciri kediaman moden masa kini supaya penghuni sentiasa selesa di saat meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

“Kami sentiasa melihat masa yang baik, selesa di mana sahaja kita berada – di rumah.

“Itulah sebabnya mengapa kita membuat setiap detik jenis pembangunan di sesuatu lokasi tersebut. Oleh itu, kediaman BSP21 dijangka bakal bergema ke arah detik-detik kehidupan yang lebih bermakna,” katanya.

Beliau berkata, masa berubah dan industri pembangunan hartanah berkembang pesat dan orang ramai semakin bijak dan berpengetahuan.

“Kami di LBS Bina perlu bertindak pantas dalam penawaran projek kami dan kami percaya bahawa BSP21 adalah pilihan yang baik di pasaran – lokasi pusat, kemudahan yang baik, susun atur yang praktikal serta harga berpatutan,”katanya.

Direka khas untuk menepati ciri kediaman moden masa kini

Hock San berkata, bercerita mengenai rekaan kediaman di BSP21, setiap blok kediaman dihubungkan dengan tiga podium berasingan yang bersambungan dengan jambatan gantung dan kawasan hijau.

Tambah menarik, katanya, podium berkeluasan lapan ekar itu dilengkapi dengan lebih daripada 70 kemudahan dan menawarkan ruang landskap yang indah untuk penghuni menikmati kemudahan rekreasi.

“Kemudahan rekreasi yang disediakan seperti trek joging dan basikal, laluan refleksiologi, pavilion rumah pokok, gimnasium, taman amfiteater , dek pemandangan dengan buaian, taman air, taman permainan hijau dan sebagainya pastinya akan menggamit keterujaan penghuni untuk menikmati persekitaran di BSP21,”katanya/

LBS juga turut membina rumah kelab empat tingkat dengan berkeluasan 66,000 kaki persegi dalam kawasan BSP21 untuk menambahkan lagi nilai selain melengkapkan lagi kemudahan untuk penghuni melakukan aktiviti dalam bangunan.Antara anugerah yang diterima LBS Bina Group Berhad:

Anugerah Pembangunan Pemasaran Malaysia Terbaik 5 Bintang 2015 untuk projek pembangunan berkonsep gaya hidup BSP21 dan Anugerah Rekaan Dalaman Rumah Contoh Malaysia 5 Bintang untuk projek kediaman berkembar Corallia di majlis anugerah terkemuka iaitu Anugerah Hartanah Asia Pasifik (APPA) 2016.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *