PPZ-MAIWP serah wakalah zakat kepada KPM

Fadhlina (tengah) menyaksikan penyerahkan zakat oleh PPZ-MAIWP di KPM di Putrajaya pada Isnin.

Fadhlina (tengah) menyaksikan penyerahkan zakat oleh PPZ-MAIWP di KPM di Putrajaya pada Isnin.

PUSAT Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyerahkan wakalah zakat berjumlah RM1,096,698 kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu majlis yang berlangsung di Auditorium Kompleks E, Putrajaya pada Isnin.

KPM menerusi satu kenyataan berkata, pelaksanaan majlis tersebut sebagai penghargaan kepada seluruh warga kementeriannya yang menunaikan kewajipan berzakat terutamanya zakat pendapatan.

“Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan adalah satu langkah proaktif KPM bagi memberikan kesedaran buat seluruh warga KPM untuk menunaikan zakat pendapatan.

“Wakalah adalah dasar pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada entiti yang membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP yang kemudiannya diagihkan kepada asnaf yang layak.

Sumber