Pink Bazar Ramadan & Raya 2022 Satukan Persatuan Seni

M Square Mall Puchong Perdana menjadi lokasi dimana kesemua persatuan seni seperti Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Pengarah Malaysia (FDAM), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Transformasi Anak Seni (GTAS) berjaya dikumpulkan bagi mencapai objektif untuk membantu anak-anak seni dan warga kerja belakang tabir industri hiburan untuk menjana pendapatan sampingan dibulan ramadan dan juga terjejas akibat penularan COVID-19 melalui anjuran kolaborasi jitu Pink Bazar dan Jom Mall dalam penganjuran acara bazar ramadan dan raya warga seni 2022.

Sesi perkongsian para pengarah dari FDAM, para pelakon serta penyanyi berkenaan industri kreatif adalah senarai aktiviti yang difokuskan bersama komuniti dimana pihak tema Bazar sendiri adalah Kreatif dan Komuniti ujar wakil penganjur iaitu Tiara Joha. Penganjuran acara julung-julung ini memberikan pelbagai reaksi impak positif sejak pihak vendors memulakan perniagaan mereka bermula 3 April lalu.

Sokongan juga diberikan kepada Fiesta Pink Bazar oleh pelbagai pihak termasuklah FINAS, Koperasi Perdana Jaya, Millenium Land, Hotel Hilton Garden Inn, Kelab Motosikal 2fast Bikers Malaysia serta Dapur Pasak (Putra Amaris).