Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Hiburan
  • “Pesta Raya TVS” Warnai Sambutan Syawal Dengan Pelbagai Program Menarik
  • Hiburan
  • Raya & Perayaan
  • Televisyen

“Pesta Raya TVS” Warnai Sambutan Syawal Dengan Pelbagai Program Menarik

Farihin Azlan March 13, 2026 (Last updated: March 13, 2026) 2 minutes read
“Pesta Raya TVS” Warnai Sambutan Syawal Dengan Pelbagai Program Menarik

Dalam usaha memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini, TV Sarawak (TVS) memperkenalkan kempen khas “Pesta Raya TVS” yang menampilkan pelbagai program hiburan, inspirasi serta kisah kekeluargaan bagi menghidupkan suasana Syawal di layar kaca. Inisiatif ini menghimpunkan pelbagai kandungan menarik termasuk rancangan hiburan, filem pendek, program gaya hidup dan tayangan filem istimewa sepanjang musim perayaan.

Salah satu program yang menjadi tumpuan ialah “Pesta Raya TVS: Dari KL ke Kuching”, sebuah rancangan hiburan yang membawa konsep rumah terbuka Aidilfitri dengan persembahan muzik, gelak tawa dan interaksi santai bersama selebriti. Program ini menampilkan pelbagai artis popular seperti Aina Abdul, Marsha Milan, Khai Bahar dan Mimifly, serta tokoh hiburan terkenal seperti Datuk Jalaluddin Hassan dan Raja Azura. Ia akan bersiaran pada Hari Raya pertama dan kedua jam 9 malam.

Kempen ini turut diserikan dengan pelancaran lagu raya baharu “Raya Paling Epik”, yang dinyanyikan oleh Daniesh Suffian, Mawat dan Hanif Arip. Lagu ini mengangkat mesej perpaduan serta semangat kebersamaan dalam menyambut Aidilfitri, sekali gus mencerminkan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia.

Bagi menambahkan lagi elemen kekeluargaan, TVS turut menayangkan filem pendek “Gambar Raya Paling Epik” yang mengisahkan seorang remaja bernama Saiful yang berusaha merakam gambar raya terbaik untuk menyertai pertandingan fotografi. Filem ini menampilkan pelakon Atiq Azman dan Datuk Fauziah Nawi, dan dijadualkan ditayangkan pada malam Hari Raya.

Selain itu, penonton juga boleh menyaksikan pelbagai program menarik lain seperti “Inspirasi Duniamu”, program gaya hidup “Istimewa Anggun: Seri Aidilfitri”, serta rancangan bual santai “3 Mak Dara Musim 2” yang menampilkan Raja Azura, Sharifah Shahora dan Rita Rudaini sebagai hos.

Sebagai pelengkap kemeriahan, TVS turut menayangkan pelbagai filem bertemakan Aidilfitri seperti Rompak Raya, Demi Raya, Perfect Raya dan Takbir Semalam. Tayangan ini dijadualkan setiap hujung minggu sepanjang musim perayaan bagi memberikan pilihan hiburan kepada penonton seisi keluarga.

Melalui kempen “Pesta Raya TVS”, TVS berharap dapat membawa kemeriahan Aidilfitri ke rumah penonton di seluruh negara serta mengukuhkan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

About the Author

Farihin Azlan

Editor

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Lan Pet Pet Buka Cerita Mengapa Tidak Menyertai Lagu Raya Terbaharu SenarioUnion
Next: HONOR Expands Beyond the Apple Ecosystem: Cross-OS Connectivity Enables Integration with iPhone, iPad and Mac

Related Stories

SimpulLogo-Oke-Black
  • Hiburan
  • Muzik

“Simpul” Jadi Bukti Cinta Tanpa Jarak, Fadhilah Intan & Daniesh Suffian Tampil Berbeza

Luqman Hakim May 4, 2026
Ifa Raziah Kembali Dengan “Gedik Raya”, Tamat Penantian 5 Tahun Tanpa Single Baharu
  • Hiburan
  • Muzik Raya
  • Selebriti

Ifa Raziah Kembali Dengan “Gedik Raya”, Tamat Penantian 5 Tahun Tanpa Single Baharu

Farihin Azlan April 24, 2026
MR2F7214
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Hiburan
  • lagu
  • Lifestyle
  • Music
  • News

“Ungu 3 Dasawarsa”: Dokumentasi 30 Tahun Perjalanan Seni Ungu di Pentas Kuala Lumpur

Farihin Azlan April 24, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.