Bersempena dengan majlis pelancaran produk terbaru, BeCalm Cookies, syarikat pengeluar biskut istimewa, BeCalm Malaysia turut memperkenalkan Kempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay. Pengarah Urusan BeCalm Malaysia, Pn Maisarah Datuk Abdullah Sani, berasa terpanggil untuk melancarkan kempen ini setelah menyedari satu petikan popular “It’s Okay Not To Be Okay” yang berkaitan dengan kesihatan mental, terutamanya dalam kalangan golongan muda.
Dalam usaha memperhebatkan Kempen Kesihatan Mental BeCalm – You Can Be Okay, beberapa selebriti dan pempengaruh telah diajak untuk menyebarkan mesej kempen ini. Antara yang terlibat ialah Mark Adam, Irma Hasmie, Sissy Iman, Syed Ali, Heliza Helmi, Ajak Shiro, dan Suraya Borhan. Pempengaruh dan pembuat kandungan berkaitan kesihatan dan kecergasan, Zaza Zainee, turut dilantik sebagai duta pertama BeCalm Cookies.
Menurut Maisarah, kempen ini dilancarkan atas rasa prihatin terhadap masalah kesihatan mental yang semakin meningkat dalam masyarakat. Beliau berharap agar masyarakat sedar dan mencari jalan untuk keluar dari episod duka. “Jangan terlalu lama hidup dalam kesedihan dan kemurungan serta sentiasa dibelenggu fikiran negatif. Ambil masa untuk bersedih, tetapi bukan untuk selamanya,” kata Maisarah.
Beliau menegaskan betapa pentingnya untuk kita menjadi OKAY dan mengatasi masalah kesihatan mental seperti anxiety, kemurungan, gangguan stres, dan trauma. Maisarah berkongsi pengalamannya sendiri ketika menghadapi kemurungan setelah disahkan mempunyai tumor otak pada tahun 2007. Beliau mengalami simptom seperti susah tidur, peningkatan berat badan mendadak, kehilangan ingatan, disorientasi, dan masalah penglihatan. Beliau juga difitnah oleh rakan-rakannya akibat kemurungan yang membelenggu selama hampir 10 tahun.
Pada tahun 2016, Maisarah mula mencari solusi dengan mengamalkan ashwaganda dan melihat perubahan positif dalam diri. Dari situ, tercetus idea untuk menghasilkan produk makanan dengan kandungan ashwaganda sebagai snek harian. Maka terhasillah BeCalm Cookies yang dikategorikan sebagai “functional food” dengan konsep ‘Guilt-Free Snacking’, memberikan pelbagai manfaat kesihatan.
BeCalm Malaysia memperkenalkan tiga perisa biskut istimewa sempena pelancaran BeCalm Cookies, iaitu Chocolate Chip Sea Salt (CHILLAX), Speculoos White Chocolate (MIND FLEX), dan Uji Matcha White Chocolate (VIBE ON). Ketiga-tiga perisa ini bukan sahaja sedap, malah mempunyai fungsi yang berbeza dan disertakan dengan pembungkusan yang menarik.
BeCalm Cookies juga menawarkan kotak edisi terhad sempena program Live TikTok Sembang Mak Mak Suria FM. Setiap pembelian di TikTok BeCalm hanya berharga RM50 dengan enam keping biskut (dua keping setiap perisa) bermula 31 Julai hingga 9 Ogos 2024. 50 pembeli pertama yang membeli dua kotak akan menerima edisi khas mug minuman dan pelekat You Can Be Okay.
Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Pengerusi BeCalm Malaysia, Datuk Abdullah Sani Karim, Pengurus Besar Kanan Suria Radio 988FM, Woo Bee Ay, Presiden MIASA, Anita Abu Bakar, Saintis Makanan, Dr. Redza Abdul Rahman, dan Ketua Pengarah Eksekutif 3Bumi Trading Sdn Bhd, Silahudin Jamaluddin. BeCalm Malaysia juga mengumumkan kerjasama strategik perniagaan dengan Syarikat 3Bumi Trading Sdn. Bhd.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan produk BeCalm boleh membeli di Tik Tok Shop BeCalm, Shopee BeCalm atau wasap di istagram @becalm.my.