Payudara mengendur selepas menyusukan, ketahui cara merawat

SEBAGAI ibu, dapat menyusukan bayi sangat membahagiakan. Namun, kita pasti risau tentang masalah payudara kendur. Ada ibu-ibu yang tertanya-tanya: Bagaimana cara tegangkan payudara selepas menyusu?

Sebenarnya, masalah payudara kendur selepas bersalin dan menyusu adalah perkara biasa. Ia akan kembali ke bentuk dan saiz asal kira-kira 6 bulan selepas si kecil berhenti menyusu badan. Apakah faktor payudara mengendur selepas menyusu?

Semasa kita hamil, ligamen Cooper, iaitu ligamen yang menghubungkan antara dada dan otot payudara, akan menegang dan menjadi lemah. Akibatnya, payudara akan menjadi besar.

Ia sebenarnya adalah satu proses yang menyediakan badan kita untuk menyusukan bayi yang bakal lahir.

Tahap pengenduran payudara pula bergantung pada umur, genetik dan gaya hidup si ibu.

Semakin berusia seorang wanita itu, semakin kurang tahap elastik. Saiz payudara juga dipengaruhi oleh genetik.

Tahukah anda? Saiz payudara juga bergantung kepada kekerapan kehamilan. Semakin kerap anda hamil, semakin mudah untuk payudara bertukar saiz dan mengendur.

Jika saiz payudara anda sebelum ini kecil, lebih mudah untuk bentuknya kekal selepas bersalin dan menyusukan bayi. Hal yang sebaliknya akan berlaku kepada payudara yang besar.

Apa lagi faktor yang mempengaruhi tahap pengenduran payudara? Penambahan berat badan yang berlebihan semasa hamil juga akan menyebabkan payudara kendur.

Dan, sudah tentu, aktiviti penyusuan badan juga boleh menjadi faktor kepada masalah payudara kendur. Apakah cara tegangkan payudara selepas menyusu yang paling berkesan?

1. Pemakaian nursing bra yang betul

Antara cara tegangkan payudara selepas menyusu adalah dengan memakai bra menyusu, atau nursing bra, yang sesuai dengan payudara anda.

Graviti akan membuatkan payudara anda yang membesar untuk mudah kendur. Jadi, pemakaian bra yang betul sangat penting; ia sepatutnya tidak terlalu ketat atau longgar.

2. Mengurangkan berat badan

Antara cara tegangkan payudara yang boleh anda lakukan adalah dengan mengurangkan berat badan. Ia dapat membantu mengurangkan risiko payudara kendur.

Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan lebihkan bijirin penuh, vitamin B dan sayuran untuk menegangkan payudara anda.

3. Pemakaian pelembap kulit

Pastikan juga anda memakai pelembap kulit. Cumanya, anda perlu memakai krim pelembap yang sesuai dan selamat untuk ibu yang menyusu badan.

4. Selang-seli mandian air sejuk dan air panas

Semasa mandi, gunakan air panas dan air sejuk secara berselang-seli sambil mengurut lembut payudara anda.

Ini membantu memperbaiki tona kulit dan pengedaran darah pada payudara. Selepas itu, akhiri mandian dengan air sejuk. 5. Perbetulkan postur badan

Antara cara tegangkan payudara semasa menyusu adalah memperbetulkan cara anda duduk atau berdiri. Berhati-hati juga dengan keadaan postur badan anda semasa menyusukan si kecil.

Pastikan anda berada pada posisi melawan graviti semasa menyusukan bayi. Contohnya seperti menyusu semasa duduk tegak, bersandar sedikit ke belakang dan menggunakan bantal nursing sebagai sokongan.

6. Lakukan senaman khas

Senaman dapat membantu menguatkan otot dada dan mengelakkan masalah payudara kendur. Tapi, anda perlu tahu jenis senaman apa yang boleh dilakukan.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *