Blog

  • Tip kekal sihat, cergas di pejabat

    Tip kekal sihat, cergas di pejabat

    TAHUKAH anda, kajian mendapati dianggarkan manusia menghabiskan masa selama 90,000 jam di tempat kerja. Persoalannya, adakah pejabat merupakan lokasi ideal untuk membantu kita menjadi individu lebih sihat dan ceria?

    Jawapannya, ya sekiranya wanita mahupun lelaki bijak melakukan perubahan dan keseimbangan gaya hidup yang positif meskipun berada di pejabat.

    Justeru, sempena Hari Kesihatan Lelaki Sedunia sepanjang bulan Jun ini, Forbes menyenaraikan tiga tip ringkas buat para jejaka untuk kekal aktif dan bertenaga ketika bekerja.

    Gunakan teknologi untuk kekal sihat

    Sejak lima tahun lalu, kira-kira 13 juta peranti yang dikeluarkan turut dilengkapi pelan yang membantu membimbing individu untuk mengamalkan gaya hidup sama ada di rumah, pejabat ataupun beriadah.

    Antaranya ialah, aplikasi kiraan langkah yang mengalakkan masyarakat berjalan sebanyak 10,000 langkah setiap hari.

    Ini termasuklah, aplikasi peringatan masa untuk minum air putih, kiraan kalori dan corak senaman ideal.

    Makanan sihat di pejabat

    Lazimnya, lelaki tidak begitu menitikberatkan aspek pemakanan khususnya sarapan pagi. Tabiat tersebut harus diubah dengan segera.

    Jangan terlalu kerap menikmati kopi panas dan donut yang dipelawa rakan sepejabat sebaliknya, bawalah bekalan makanan sihat bebas garam dan perasa.

    Kajian menunjukkan sebanyak 28 peratus individu yang memasak hidangan sihat di rumah kurang mengalami masalah bacaan indeks jisim tubuh (BMI) tahap obesiti dan pada masa sama membantu menjimatkan perbelanjaan makan di restoran.

    Selain itu, simpan stok kekacang atau buah-buahan kering di meja pejabat berbanding makanan ringan yang akan menjejaskan produktiviti kerja anda.

    Pilih minuman yang tepat

    Selain pengambilan air putih sebanyak tiga liter pastikan anda menikmati jus buah tanpa gula untuk kesihatan diri.

    Elakkan minuman berkafein terutamanya pada waktu tengah hari. Ini disebabkan ia akan memgambil 10 jam untuk memproses 75 peratus kafein dalam badan.



    Sumber

  • Tip cegah penyakit, pemakanan semasa jerebu

    Tip cegah penyakit, pemakanan semasa jerebu

    INDEKS Kualiti Udara atau IPU dilaporkan oleh media tempatan semakin tidak selamat. Beberapa kawasan sudah dikenal pasti mempunyai IPU membahayakan kesihatan.

    Keadaan jerebu yang berterusan boleh memberi kesan buruk dari segi kesihatan terutama kepada mereka yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakit jantung dan respitori.

    Kesan jerebu juga kepada mereka yang sensitif pada habuk, asap rokok dan mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

    Bagi mencegah masalah kesihatan disebabkan oleh jerebu, tip berikut boleh membantu antaranya:

    1. Pakai penutup hidung dan mulut

    Dipakai apabila membuat sebarang aktiviti di luar.

    2. Dapatkan rawatan segera

    Bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan kadar segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.

    3. Kerap membasuh muka

    Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu serta mengurangkan aktiviti di luar rumah.

    4. Minum banyak air.

    5. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.

    6. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

    Selain itu anda turut boleh mengamalkan pemakanan sihat semasa jerebu bagi meningkatkan sistem imunisasi badan dan menjauhkan diri daripada pelbagai penyakit berkaitan jerebu.

    Berikut beberapa tip pemakanan sihat semasa jerebu:

    1. Kurangkan makanan masin

    Hadkan makanan tinggi garam yang boleh menyebabkan kehausan dan dehidrasi.

    2. Tingkatkan pengambilan air

    Ambil jus atau buah-buahan, sayur-sayuran yang kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serat bagi membantu melawan penyakit. Buah dan sayur mengandungi air yang boleh membantu meningkatkan pengambilan air bagi mengelakkan dehidrasi.

    3. Sediakan bekal

    Sediakan makanan sendiri dan amalkan makan di rumah. Jika makan di luar pilih tempat bertutup dan berada dalam bangunan.

    4. Elak minuman kafein

    Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan beralkohol boleh menyebabkan pembuangan air kencing secara kerap dan mengakibatkan dehidrasi.

    5. Ambil makanan tinggi nutrisi

    Makan makanan tinggi kandungan vitamin C, E dan omega- 3 bagi meningkatkan sistem imunisasi badan.

    SUMBER: Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia



    Sumber

  • Bolehkah seorang bapa memberi zakat kepada anaknya?

    Bolehkah seorang bapa memberi zakat kepada anaknya?

    MELIHAT anak perempuannya hidup dalam serba kekurangan selepas berkeluarga, seorang bapa berniat mahu memberikan zakat kepada anaknya itu.

    Ya, bapa mana yang sanggup melihat anaknya hidup dalam kesusahan.

    Sesukar manapun, pasti dia akan membantu anaknya itu.

    Namun, bapa tadi berasa ragu-ragu adakah bantuan yang bakal diberikannya nanti dikira sebagai zakat?

    Persoalannya, bolehkah seorang bapa memberikan zakat terhadap anaknya?

    Dalam perkara berkaitan zakat, ALLAH SWT telah menetapkan asnaf zakat kepada lapan kumpulan seperti yang telah disebutkan dalam Surah al-Taubah, ayat 60 iaitu fakir, miskin, amil, mualaf, hamba yang hendak memerdekakan diri, orang yang berhutang, fi sabilillah dan ibnu sabil.

    Pendapat muktamad dalam Mazhab Syafie, tidak dibenarkan memberikan zakat kepada anak kerana asalnya ia termasuk di bawah tanggungan walaupun anak sudah berdikari, namun berada dalam keadaan miskin.

    Ia tanpa menafikan adanya pandangan mazhab lain yang membenarkan.

    Adapun bantuan sedekah atau pertolongan lain ialah jalan yang terbaik untuk membantu kerana ada ayat al-Quran dan hadis yang menggalakkan membantu kaum kerabat dengan sedekah dan bantuan lain itu amat diutamakan.

    Di samping itu, pembayaran zakat amatlah baik dan diutamakan untuk dibayar di pusat zakat negeri.

    Di sana juga ada bahagian yang boleh dituntut untuk diagihkan sendiri setelah bayaran zakat dibuat.

    ***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan Fellow Pertubuhan Multaqa Asatizah & Duat (Murshid), pendakwah dan penulis.



    Sumber

  • Petronas lancar pelincir kurangkan kepanasan enjin berlebihan

    Petronas lancar pelincir kurangkan kepanasan enjin berlebihan

    PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) Selasa lalu melancarkan rangkaian produk minyak pelincir baharunya, Petronas Syntium dengan pelincir CoolTech yang membantu mengurangkan kepanasan enjin berlebihan bagi prestasi dan kecekapan yang lebih baik ke pasaran tempatan.

    Teknologi oCoolTechTM berfungsi membantu menyejukkan komponen-komponen kritikal enjin. Hal demikian penting bagi memastikan enjin dapat beroperasi dengan lebih berkesan terutama di bawah tekanan.

    BARISAN pelincir lain yang turut dipamerkan Petronas.

    BARISAN pelincir lain yang turut dipamerkan Petronas.

    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, teknologi tersebut direka untuk kerja penyejukan komponen enjin kritikal agar ia boleh beroperasi dengan cekap walaupun berada di bawah tekanan.

    “Produk baharu itu mampu menarik pasaran yang sedang berkembang kerana kami memanfaatkan segmen yang canggih dan kurang mendapat liputan sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran pelincir itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    PETRONAS Syntium 7000 Hybrid dengan CoolTech, pelincir pertama syarikat itu bagi enjin hibrid, menandakan penyertaan pertamanya dalam pasaran kenderaan hibrid yang sedang pantas berkembang.

    PETRONAS Syntium 7000 Hybrid dengan CoolTech, pelincir pertama syarikat itu bagi enjin hibrid, menandakan penyertaan pertamanya dalam pasaran kenderaan hibrid yang sedang pantas berkembang.

    Hadir sama ialah juara lima kali Kejohanan Formula Satu daripada pasukan Mercedes-AMG Petronas Motorsport, Lewis Hamilton dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Lubricants International, Giuseppe D’Arrigo.

    Syed Zainal berkata, turut termasuk dalam produk baharu pelincir itu ialah Petronas Syntium 7000 Hybrid dengan CoolTech, pelincir pertama syarikat itu bagi enjin hibrid, menandakan penyertaan pertamanya dalam pasaran kenderaan hibrid yang sedang pantas berkembang.



    Sumber

  • Lebih menyelerakan, jimat masa

    Lebih menyelerakan, jimat masa

    BIARPUN sibuk dengan tugasan harian baik di pejabat mahupun menguruskan anak-anak, tanggungjawab seorang ibu menyediakan hidangan untuk seisi keluarga tetap menjadi keutamaan.

    Justeru, para ibu pastinya akan memilih menu yang bukan sahaja mudah dan cepat dimasak, malah lazat dan menyihatkan. Satu daripadanya ialah nasi goreng yang dilihat sebagai juadah ringkas dan seimbang dengan pelbagai bahan sampingan seperti nasi (bahan utama), daging, ayam dan sayur-sayuran.

    Memahami situasi tersebut, Ajinomoto memperkenalkan Perencah Seri Aji Nasi Goreng Kampung yang memudahkan proses penyediaan sajian berkenaan.

    Dengan adanya perencah yang kaya ramuan itu, golongan wanita kini tidak perlu lagi menghabiskan masa mengisar atau menumbuk bumbu bagi menyedapkan masakan nasi goreng kampung.

    Perencah Seri Aji Nasi Goreng Kampung yang hadir dalam pek baharu dan logo lebih menarik tersebut dapat membantu memenuhi selera pengguna menerusi tiga langkah mudah hanya dengan menambah cili padi, ikan bilis dan belacan.

    Seterusnya, anda boleh menikmati hidangan nasi goreng kampung yang lazat bersama ahli keluarga di rumah.

    Selain Perencah Seri Aji Nasi Goreng Kampung, Ajinomoto turut menawarkan Perencah Seri Aji Nasi Goreng Cina, Perencah Seri Aji Nasi Goreng Ayam dan Perencah Seri Aji Nasi Goreng Ikan Bilis yang akan membangkitkan rasa sajian nasi goreng anda.

    Perencah Seri Aji Nasi Goreng Kampung

    Lokasi: Pasar raya utama dan kedai runcit di seluruh negara

    Web: https://www.ajinomoto.com.my

    Telefon: 1800-88-1001 (Perkhidmatan Pelanggan)



    Sumber

  • Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

    Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

    PUTRAJAYA – Malaysia #QuranHour yang memasuki edisi kelima penganjurannya akan berlangsung hari ini dengan membawa tema ‘Bangsa Berbudi dan Penyayang’.

    Tahun ini, surah Al-Kahfi dipilih sebagai surah tema seiring dengan panduan untuk menghadapi cabaran akhir zaman.

    Menariknya juga, Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Putra di sini turut diadakan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke- 62 yang akan disambut esok.



    Sumber

  • Tiga nombor sihat lelaki

    Tiga nombor sihat lelaki

    SEMPENA Hari Kesihatan Lelaki Sedunia 2019 terdapat tiga nombor utama wajar dititikberatkan dalam kalangan golongan Adam.

    Jika nombor-nombor ‘bertuah’ ini diamalkan secara konsisten maka hasilnya memberikan impak positif untuk kehidupan seharian. Nombor tersebut ialah:

    Nombor 5

    Makan lima kali sehari dengan menikmati makanan sihat dan seimbang khususnya buah dan sayur-sayuran. Elakkan sajian berminyak, berlemak, bergoreng dan bergaram demi kesihatan yang berpanjangan.

    Nombor 37

    Pastikan ukuran lilit pinggang berada di bawah 37 inci (94 sentimeter. Saiz pinggang yang lebih daripada nombor tersebut bimbang mengundang penyakit jantung, kanser dan diabetes.

    Sekiranya, ukuran pinggang mencecah zon bahaya anda dinasihatkan mencuba pelan senaman empat minggu bagi membantu mengurangkan masalah lemak berlebihan.

    Nombor 150

    Setiap minggu peruntukan 150 minit untuk melakukan senaman seperti berjalan kaki atau 75 minit berlari. ‘Mencuri‘ masa selama 30 minit bersenam selama lima hari seminggu salah satu cara terbaik meningkatkan kesihatan mental dan fizikal.

    Kajian mendapati individu yang kerap bersenam dapat mengurangkan 35 peratus penyakit jantung dan 50 peratus risiko diabetes serta kanser usus.

    Golongan jejaka disarankan makan lima kali sehari dan memperbanyakkan sayur serta buah-buahan.

    Golongan jejaka disarankan makan lima kali sehari dan memperbanyakkan sayur serta buah-buahan.



    Sumber

  • Lazatnya durian, tetapi…

    Lazatnya durian, tetapi…

    Medik

    DALAM kalangan masyarakat kita, ada dua jenis makanan yang boleh menyatukan dan boleh 'memecah-belahkan'. Pertama ialah kambing dan kedua, durian. Meskipun itu merupakan percakapan secara

    Sumber

  • Keliru hukum wuduk apabila bersentuhan adik-beradik lelaki, perempuan

    Keliru hukum wuduk apabila bersentuhan adik-beradik lelaki, perempuan

    JIKA seorang suami tersentuh isterinya dalam keadaan berwuduk, maka batal wuduknya itu.

    Kebanyakan orang tahu tentang hukum berkenaan, namun masih ada juga yang waswas dan keliru tentang hukum wuduk.

    Antara persoalan yang dibangkitkan, adakah batal wuduk jika seorang abang kandung bersentuhan dengan adiknya?

    Untuk memahami lanjut tentang wuduk, kita perlu fahami terlebih dahulu tentang mahram.

    Mahram ialah wanita yang haram dinikahi oleh lelaki atau sebaliknya.

    Ada yang menyebut muhrim, namun yang paling tepat adalah mahram, manakala muhrim pula bermaksud seseorang yang sedang berihram.

    ALLAH SWT telah menerangkan secara jelas hukum berkahwin dengan mahram adalah diharamkan di samping ALLAH SWT menjelaskan siapakah mahram kita.

    Semua itu dapat dilihat secara jelas berdasarkan firman ALLAH SWT dalam Surah an-Nisa’, ayat 22 hingga 24.

    Adik-beradik lelaki dan wanita seibu sebapa dikira mahram muabbad iaitu haram berkahwin selama-lamanya.

    Oleh itu, tiada khilaf dalam kalangan ulama jika bersentuhan antara mereka dalam keadaan berwuduk, maka ia tidak batal.

    ***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan Fellow Pertubuhan Multaqa Asatizah & Duat (Murshid), pendakwah dan penulis.



    Sumber

  • Transisi terbaharu Nokia

    Transisi terbaharu Nokia

    NOKIA Corporation (Nokia), HMD Global mengembalikan nostalgia lampau apabila memperkenalkan dua model telefon pintar, Nokia 7.2 dan Nokia 6.2 buat peminat mereka selain dua fitur terbaharu, Nokia 2720 Flip dan Nokia 110.

    Nokia 7.2 hadir dengan tetapan tiga kamera 48 mega pixel (mp) menampilkan ZEISS Optics manakala Nokia 6.2 pula memperlihatkan gandingan PureDisplay selain tetapan tiga kamera yang canggih dikuasakan teknologi AI.

    Reka bentuk kompak yang diperbaharui, Nokia 2720 Flip bercirikan kebolehgunaan rentetan daripada pengintegrasian teknologi AI selain Nokia 110 umpama hiburan dalam poket itu turut diperkenalkan dengan harga RM120 sahaja dan pilihan warna ‘Ocean Blue’, hitam serta merah jambu.

    Menurut Ketua Pan-Asia HMD Global, Ravi Kunwar, Malaysia sejak sekian lama telah menjadi pasaran yang istimewa bahkan ramai pengguna setia Nokia berada di negara ini.

    “Mereka mendorong kami untuk membawakan prestasi dan pengalaman kepenggunaan yang lebih baik melalui portfolio telefon asas serta telefon pintar selain berpegang pada janji untuk membawakan perisian yang tulen, selamat dan terkini.

    MODEL Nokia 7.2 dan Nokia 6.2 yang dilancarkan menjadi tumpuan peminat jenama itu.

    MODEL Nokia 7.2 dan Nokia 6.2 yang dilancarkan menjadi tumpuan peminat jenama itu.

    “Telefon bimbit kami juga akan terus dibekalkan dengan pengemaskinian sistem operasi selama dua tahun dan pengemaskinian sekuriti bulanan selama tiga tahun untuk menzahirkan sebuah pengalaman yang sentiasa dapat diperkayakan buat para pengguna.

    “Oleh itu, dengan sukacitanya, kami melancarkan Nokia 7.2 dan Nokia 6.2 termasuk Nokia 2720 Flip dan Nokia 110 ini,” ujarnya pada majlis pelancaran gajet baharu Nokia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Sementara itu, Pengurus Malaysia dan Myanmar, HMD Global, Vijay Thangavelu berkata, Malaysia merupakan sebuah pasaran yang menarik kerana terdiri daripada populasi pengguna bijak yang mahukan inovasi teknologi, fungsi baharu dan paling penting sekali, aspek sekuriti dalam sesuatu peranti.

    Katanya lagi, telefon asas yang beroperasi melalui rangkaian 2G masih digunakan secara meluas di Malaysia dan telefon asas jenama Nokia juga masih menerajui kategori alat komunikasi.

    “Sehubungan itu, kami sedang membuat penambahan baharu ke atas portfolio telefon asas kami yang sedia ada untuk menjadikannya lebih baik dan berupaya untuk memanfaatkan rangkaian 4G.

    “Lantas, kami berbesar hati untuk memperkenalkan Nokia 2720 Flip baharu yang menyokong rangkaian 4G. Ia hadir bersama aplikasi WhatsApp, Facebook, Google Maps, Google Assistant dan Gmail. Ia merupakan sebuah peranti hibrid yang sempurna buat penggemar telefon pintar dan telefon asas,” ujarnya.

    NOKIA 110 didatangkan dengan pilihan warna merah jambu dan hitam untuk Nokia 2720 Flip.

    NOKIA 110 didatangkan dengan pilihan warna merah jambu dan hitam untuk Nokia 2720 Flip.

    Secara asasnya, Nokia 2720 Flip merupakan sebuah telefon kompak, namun mempunyai ciri kebolehgunaan yang tinggi rentetan daripada pengintegrasian teknologi AI.

    Justeru, ia merupakan peranti yang sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah aksesibiliti ataupun bagi mereka yang ingin mengehadkan pengaruh digital dalam hidup mereka.

    ANEKDOT

    Nokia 7.2:

    – Pelbagai hasil pengimejan yang eksklusif dirungkaikan, Nokia 7.2 terbaharu meneruskan legasi telefon bimbit Nokia melalui penggunaan teknologi pengimejan dan kefungsian yang unik.

    NOKIA 7.2 menampilkan tetapan tiga kamera 48MP yang berkuasa tinggi bersertakan teknologi Quad Pixel dan ZEISS Optics.

    NOKIA 7.2 menampilkan tetapan tiga kamera 48MP yang berkuasa tinggi bersertakan teknologi Quad Pixel dan ZEISS Optics.

    – Menerusi pengintegrasian bokeh profesional bertaraf DSLR yang pertama diperkenalkan melalui sebuah telefon pintar dalam industri ini, Nokia 7.2 didatangkan dengan pelbagai corak bokeh ZEISS yang unik tersedia dalam mod potret untuk membolehkan anda mengambil imej berkualiti tinggi pada bila-bila masa.

    – Corak bokeh ini mampu menghasilkan semula impak visual tinggi dan efek kabur yang sinonim dengan keupayaan lensa ZEISS.

    – Nokia 7.2 juga membolehkan latar hadapan dan belakang dikaburkan untuk meniru efek bokeh optikal semula jadi, lantas pengguna dapat menyerlahkan kreativiti mereka menerusi fungsi tersebut.

    – Menawarkan pengimejan cahaya berintensiti rendah yang canggih menerusi mod malam dengan menggunakan teknologi AI bagi pelakuran imej cahaya berintensiti rendah (AI low light image fusion technology), berserta kamera 48MP utama yang mempunyai ciri sensitiviti tinggi.

    – Boleh didapati bermula pada 20 September lalu dengan harga RM1,299 dan ia hadir dalam warna ‘Charcoal’, ‘Cyan Green’, ‘Ice’ menerusi varian memori 6GB/128GB

    Nokia 6.2:

    – Paparan menawan dan tetapan tiga kamera serba canggih.

    – Telefon pintar Siri 6 Nokia yang pertama bakal merungkaikan tiga kamera dan teknologi PureDisplay. Nokia 6.2 menawarkan visual yang menawan dan aspek pengimejan yang canggih menerusi pakej yang berpatutan.

    NOKIA 6.2 canggih dengan kombinasi kefungsian AI dan tetapan sensor tiga kamera yang berkuasa tinggi.

    NOKIA 6.2 canggih dengan kombinasi kefungsian AI dan tetapan sensor tiga kamera yang berkuasa tinggi.

    – Nokia 6.2 membawakan fungsi HDR yang sentiasa aktif ke dalam segmen telefon pintar yang baharu. Turut menampilkan teknologi PureDisplay dikuasakan oleh pemproses visual yang khusus untuk menghasilkan kira-kira satu bilion versi warna yang berbeza.

    – Menerusi kombinasi kefungsian AI dan tetapan sensor tiga kamera yang berkuasa tinggi, Nokia 6.2 membolehkan para pengguna mengambil gambar yang lebih terperinci, potret bokeh dan imej bersudut lebar.

    – Dengan hayat bateri bertempoh dua hari, para peminat telefon itu dapat menggunakannya dengan lebih lama untuk memenuhi keperluan masing-masing.

    – Boleh didapati dari awal bulan Oktober ini pada harga RM899 serta ia dijual di kedai rasmi Nokia Malaysia di Lazada.

    Nokia 2720 Flip:

    – Hadir dengan aplikasi WhatsApp dan Facebook untuk memastikan pengguna dapat kekal terhubung. – Selain fungsi Google Assistant yang berada di hujung jari, pengguna boleh menggunakan suara untuk melakukan pelbagai perkara menerusi telefon bimbit ini.

    – Untuk situasi kecemasan, Nokia 2720 Flip disertakan dengan butang kecemasan dan menu informasi ICE (In Case of Emergency)

    NOKIA 2720 Flip diperbaharui dengan reka bentuk kompak, namun bercirikan kebolehgunaan rentetan pengintegrasian teknologi AI.

    NOKIA 2720 Flip diperbaharui dengan reka bentuk kompak, namun bercirikan kebolehgunaan rentetan pengintegrasian teknologi AI.

    – Nokia 2720 Flip bukan sahaja peneman yang ideal jika pengguna mahukan ‘detoks digital’, malah ia juga berfungsi sebagai peranti yang tepat bagi individu yang mempunyai masalah aksesibiliti agar mereka dapat kekal terhubung.

    – Boleh didapati pada 20 September 2019 pada harga RM359. Hadir dalam warna hitam.

    Nokia 110:

    – Turut disertakan dengan permainan video kegemaran yang klasik seperti Snake dan hayat bateri yang membolehkan pengguna membuat panggilan telefon dari siang ke malam dengan hanya sekali mengecaj.

    – Boleh didapati dari awal bulan Oktober ini pada harga RM120 dan ia hadir dalam warna ‘Ocean Blue’, hitam dan merah jambu.

    NOKIA 110 didatangkan dengan semua keperluan hiburan, pemain MP3, kamera dan radio FM.

    NOKIA 110 didatangkan dengan semua keperluan hiburan, pemain MP3, kamera dan radio FM.



    Sumber