Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

RINGGIT dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi Khamis. Seorang peniaga berkata, ini mungkin disebabkan pasaran tidak menyaksikan sebarang kejutan daripada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (FOMC). Pada jam 9.01 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.3920/3960 berbanding dolar AS daripada 4.3930/3960 pada penutup Rabu. Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management…

Read More

Penampilan Istimewa Ahmad Dhani di Garden of Eid Festival (GOE)

Seorang penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu ‘Sedang Ingin Bercinta’ iaitu Ahmad Dhani kini diterbangkan khas dari Indonesia ke Malaysia bagi memeriahkan suasana Garden of Eid Festival dengan persembahan istimewa daripada beliau melalui ‘Malam Munajat Cinta’ pada 29 Mei 2022, jam 8:30 malam di Panggung Anniversari. Selain itu, barisan selebriti popular dengan nama yang sentiasa…

Read More

BANK MUAMALAT MELANCARKAN PLATFORM PELABURAN EMAS BERASASKAN MUDAH ALIH DIGITAL PATUH SYARIAH, EASIGOLD

Bank Muamalat Malaysia Berhad telah melancarkan platform pelaburan emas berasaskan mudah alih digital patuh Syariah pertamanya, EasiGold, yang membolehkan pelanggan melabur dalam emas dengan bijak, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja melalui aplikasi mudah alih pada semua peranti mudah alih. Bank itu memanfaatkan teknologi kewangan atau kepakaran fintech yang ditawarkan oleh ACE Capital untuk menyediakan…

Read More

ASNB tangguh sementara urus niaga, perkhidmatan bermula 4 hingga 7 Jun

SEMUA urus niaga unit amanah dan perkhidmatan lain Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) akan ditangguhkan sementara bermula pada 4 hingga 7 Jun 2022. Syarikat tersebut dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, penangguhan sementara itu disebabkan oleh pemindahan sistem operasinya ke sistem baharu, selaras dengan objektifnya untuk meningkatkan pengalaman pelaburan kepada para pelabur. ASNB, syarikat pengurusan…

Read More

Axiata catat kerugian bersih pada suku pertama ekoran kerugian forex

AXIATA Group Bhd mencatat kerugian bersih sebanyak RM42.97 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berikutan kerugian pertukaran asing (forex) berjumlah RM476.9 juta, terutamanya disebabkan operasi mudah alihnya di Sri Lanka. Kumpulan telekomunikasi itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM75.56 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Axiata…

Read More

SkyAwani 3 siap dibina, SkyBridge terima anugerah MBOR

SHAH ALAM – Projek perumahan mampu milik, SkyAwani 3 Residences milik Pemaju Hartanah, SkyWorld Development Group (SkyWorld) yang selesai dibina menerima Anugerah SkyBridge Kediaman Tertinggi di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi SkyBridge yang terletak di aras 52. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Chee Seng berkata, SkyWorld bukan hanya menyediakan kediaman yang selesa, malah…

Read More

FGV sasar hasilkan 75,000 tan makanan haiwan tahun ini

FGV Holdings Bhd (FGV) menyasarkan untuk mengeluarkan sejumlah 75,000 tan makanan haiwan pada tahun ini berbanding 40,000 tan pada tahun lepas bagi menampung peningkatan permintaan ke atas daging lembu, kambing, arnab serta ayam. Kumpulan itu menerusi anak syarikatnya, FGV Integrated Farming Holdings Sdn Bhd (FGVIF), juga telah melancarkan Alma iaitu jenama makanan haiwan berkualiti tinggi…

Read More

Permintaan kukuh kesalinghubungan lonjak keuntungan TM

KUALA LUMPUR – Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi suku pertama (S1) berakhir 31 Mac, 2022, melonjak 4.4 peratus kepada RM339.85 juta daripada RM325.47 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas. Permintaan kukuh untuk suara, internet dan multimedia diterjemahkan kepada peningkatan 2.9 peratus, atau RM2.89 bilion dalam hasil operasi, berbanding RM2.81 bilion…

Read More

Gintell buka kedai pameran ke-108

PEMBEKAL produk penjagaan kesihatan, Gintell membuka kedai pameran ke-108 di pusat beli-belah AEON Metro Prima, Kuala Lumpur. Dalam kenyataan pada Rabu Gintell memaklumkan, kedai yang dirasmikan pada 21 Mei lalu menawarkan pelbagai rangkaian produk penjagaan kesihatan termasuk kerusi urut, peralatan kecergasan dan alat urut mudah alih. Kedai yang terletak di aras satu pusat beli-belah berkenaan…

Read More