
Bukit Jalil Bergetar! Latihan Pestapora 2025 Suntik Nostalgia dan Semangat Bersama
Stadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi menjadi medan laungan peminat muzik dari seluruh pelusuk Malaysia dan Indonesia apabila Latihan Pestapora Malaysia 2025 membuka tirainya dengan penuh meriah. Festival muzik berskala mega ini dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Boss Creator sebagai persiapan menjelang acara utama Pestapora Jakarta yang bakal berlangsung pada 5 hingga 7 September nanti….