Blog

  • Casa Georgian Dorm Stay

    CASA GEORGIAN DORM STAY

    CASA GEORGIAN DORM STAY

    Casa Georgian merupakan penginapan bajet yang terdapat di Georgetown, Pulau Pinang. Ditubuhkan pada tahun 2010, ia telah diperkenalkan oleh Koperasi Sekolah (P) St. George. Bertujuan untuk menyuburkan dan mengalakkan semangat keusahawan dikalangan pelajar dan memaksima pengunaan asrama serta menjana pendapatan untuk koperasi sekolah.

    Mengunakan tagline “Home Away From Home”, projek ini telah diuruskan oleh para pelajar dibawah pengawasan guru-guru. Casa Georgian Dorm Stay mengalu-alukan kedatangan pelancong dari dalam dan luar Negara untuk menginap disini. Malahan, kejayaan projek ini telah memberi inspirasi dan motivasi kepada sekolah-sekolah serantau Asean dalam mengikut jejak langkah Koperasi sekolah ini.

    Keistimewaan asrama ini adalah hanya tetamu wanita dibenarkan untuk menginap kerana asrama ini adalah asrama perempuan. Manakala, tetamu lelaki adalah tertakluk kepada terma dan syarat oleh pihak pentadbiran sekolah.

    Syarat-syarat:

    1. Makanan halal sahaja dibenarkan bawa masuk
    2. Tidak dibenarkan parti, minum arak dan merokok

    Jenis-jenis bilik:

    Superior
    (Rm 15/person)
    -Bed
    -Breakfast
    -Fan
    Deluxe
    (Rm 30/person)
    -Bed
    -Breakfast
    -Comforter
    -Cofffe,tea making facilities
    -Attached Bathroom
    -Fan
    Suite
    Rm45/person)
    -Bed
    -Breakfast
    -Comforter
    -Cofffe,tea making facilities
    -Attached Bathroom
    -Fan and aircond
    -Towel

    Kemudahan tambahan:

    1. Makan tengahari/malam-RM 5 (seorang)
    2. Sewa dewan- RM 50 sejam
    3. Pasaraya
    4. Gimnasium
    5. Kerusi urut
    6. Pakej perlancongan – caj tambahan akan dikenakan
    7. Wifi

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

    Alamat: SMK (P) St George, Jalan Macalister, 10450 Pulau Pinang
    Tel       : +6042295855 / +6042296203
    Faks    : 04-2295886

  • Bird Park Penang

    Bird Park Penang

    Bird Park Penang

    Taman Burung Pulau Pinang  tertubuh sejak tahun 1988, terletak di Bandar Seberang Jaya dan mempunyai keluasan 5 ekar . Mempunyai lebih daripada 300 spesis burung dari seluruh dunia, 150 spesis adalah berasal dari baka Malaysia.  Kepada pencinta burung dan ingin melihat spesis burung ini, terdapat jenis Pheasant, Parrot, Hornbill, burung pemangsa dan banyak lagi. Mari mengenal pelbagai spesis burung dan juga melihat haiwan lain seperti rusa terkecil didunia – Mouse-Deers,  Giant Arapaima fish, pythons, giant estuarine buaya , kura-kura dan banyak spesis lain yang terdapat disini.

    Harga tiket:

    • Dewasa            : Rm 29.00
    • Kanak-kanak : Rm 15.00
    • Kamera           :Rm 1.00

     

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

    Alamat    : Jalan Todak, seberang jaya, 13700 Perai Penang Malaysia
    Tel             :604-3991899
    Faks          :604-3991898
    Email       :penangbp@streamys.com
    Web site : penangbirdpark.com.my

  • Mutiara Taman Negara

    Mutiara Taman Negara

    Mutiara Taman Negara National Park Resort, Pahang, Malaysia
    Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untuk Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada 1939 untuk Pahang. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.
    Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata barkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.
    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:
    Alamat :Mutiara Taman Negara, Kuala Tahan, 27000 jerantut, Pahang Darul Makmur
    Tel          :09-2663500
    Faks       :09 2661500
    Jenis-jenis bilik:
    Kategori Bilik  Jumlah Bilik Dimensi dalam sg meter Permandangan
    Bungalow 2 122 Sungai/Taman
    Chalet Suite 13 62 Taman
    Family Chalet 4 42 Taman
    Chalet 68 42 Taman
  • Heritage Hotel Cameron Highland

    Heritage Hotel Cameron Highland

    Cameron Highland merupakan pusat percutian peranginan untuk keluarga dan teman-teman. Setelah keletihan dan kepenatan bolehlah berkunjungi ke Heritage Hotel Cameron Highland untuk menikmati suasana kesejukan diwaktu malam. Ia terletak di Jalan Gereja, Tanah Rata. Lokasi sangat strategik di mana selepas sahaja bandar Tanah Rata terus akan nampak signboard hotel. Kedudukan hotel adalah di atas bukit, mempunyai banyak deretan apartmen dan lobi hotel . Sekiranya ingin menetap di sini, pastikan tiba di Tanah Rata sebelum tengahari untuk check in sekiranya tidak mahu terperangkap di dalam kesesakkan sepanjang jalan dari Berinchang ke Tanah Rata (gara-gara pasar malam di Pekan Berinchang).

    Selain itu, lokasinya berdekatan dengan tempat makan. Terdapat banyak deretan kedai makan yang menyediakan masakan panas, steamboat di malam hari dan kebanyakannya Halal. Terdapat juga deretan kedai menjual baju & barangan cenderahati Cameron Highland. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan berdekatan juga dengan pekan Tanah Rata di mana ada restoran seperti Marry Brown & StarBucks.

    Perkhidmatan/Servis:

    • Servis membersih
    • Servis panggilan
    • Perkhidmatan tukar duit
    • Kotak deposit keselamatan
    • Tour desk

    Daya tarikan:

    • Rainforest Coffee House
    • Jasmine Garden
    • Bar
    • Bakery
    • The Grill

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

    Alamat : Jalan Gereja, Tanah Rata, 39000 Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur
    Tel          :605-4913888
    Faks      :605-4915666

  • Bukit Gambang Resort

    Bukit Gambang Resort

    Bukit Gambang Resort City (BGRC) adalah sebuah bandar resort bersepadu yang keluasan 727 ekar. Terletak di lokasi strategik di Gambang, Pahang, adalah pintu masuk ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan ibu negeri Pahang Kuantan. Dibangunkan dengan konsep “Satu Lokasi Tarikan Berganda” dan “Stay Cool, Get Wet”, pengunjung pasti akan teruja dengan Penguin Island dan monumen “ikan Pirana” gergasi yang boleh memuntahkan 250 liter padu air dalam satu tempoh masa tertentu. BGRC menawarkan pelbagai bilik penginapan dengan kemudahan bersepadu sempurna untuk percutian. Selain menjadi rumah yang terbesar taman tema air di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Bukit Gambang Resort City dengan berbangga telah dianugerahkan sebagai “Best Water Park in Malaysia” yang telah dianugerahkan oleh Malaysian Association of Amusement Themepark dan Family Attractions (MAATFA) dan juga “Largest Pillarless Ballroom”didalam negara sebagai Malaysia Book of Records.

    Aktiviti-aktiviti:

    • Carribean Bay Resort
    • Taman Tema Air
    • Arabian Bay Resort
    • Safari Park

     

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:
    Alamat :Bukit gambang Resort City, 26300 Gambang Kuantan, Pahang Darul Makmur
    Tel         :609-5486888
    Faks      :609-89414849
    Email    :sales@bgrc.com.my

    Website: www.bgrc.com.my

    Fb           : fb/BukitGambangResortCity

  • Redang Lagoon Chalet

    Redang Lagoon Chalet

    Pulau Redang adalah antara pulau yang terdapat dan terkenal di Malaysia. Terletak 45 km dari Kuala Terengganu, Redang Lagoon Chalet menawarkan percutian dengan menawarkan air jernih, banyak tempat menyelam, pantai yang cantik, servis terbaik, perkhidmatan snorkling dan lain-lain. Pulau Redang juga adalah tempat pembiakan “Green Turtles” dan “Hawksbill Turtles”, dengan bersarang berlaku di pantai-pantai berpasir di pulau itu. Diasaskan oleh usahawan Melayu bumiputera, Redang Lagoon Chalet adalah destinasi pilihan yang seharusnya dikunjungi untuk bercuti dan melihat pembiakan penyu ini.

     

    Redang Lagoon Chalet Servis termasuk:

    • Perjalanan pergi balik ke Pulau Redang
    • 2 sarapan pagi, 2 makan tengah hari, 1 makan petang dan 1 bbq
    • 3 snorling

     

    Kemudahan asas:
    • Restoran yang menyediakan “Malaysian cuisine”- Redang buffet style
    • Risepsi di Redang Lagoon Chalet
    • Peralatan Snorkling
    Aktiviti:
    • Snorkling
    • Trip memancing (tidak termasuk dalam harga pakej)
    •  Bola tampar pantai
    • Karok

    Senarai harga pakej Redang Lagoon Chalet:

     WEEKDAY  WEEKEND  PUBLIC/HOLIDAY
    Quad Sharing 290 320 360
    Triple sharing 290 320 360
    Twin Sharing 300 340 380
    Children 4-11 years 150 150 180

    *perubahan harga pakej bergantung kepada terma dan syarat

     

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi ditalian:

    Tel         :09-6665018

    Hp          :0199140083

    Fax         :09-6665019

    Email     : admin@redanglagoon.com

    Website: www.redanglagoon.com

     

  • Firefly Park Resort

    Firefly Park Resort

    Firefly Park Resort terletak di Bukit Bimbing Kuala Selangor. Di sini, daya tarikan utama adalah kelip-kelip. Pengunjung akan dibawa ke dunia yang penuh kelip-kelip dengan menaiki bot. Kelip- kelip adalah sejenis serangga yang mengeluarkan cahaya dibadan dan bergerak secara berkumpulan. Pengunjung boleh melihat keindahan ciptaan tuhan ini selepas matahari terbenam.

    Kepada pengunjung yang tidak mempunyai tempat penginapan, jangan risau kerana Firefly Park ini turut menyediakan chalet. Tempahan harus dibuat terlebih dahulu bagi mengelakkan “full book”. Di sini terdapat 12 unit buah chalet. Setiap unit terdiri daripada 2 bilik untuk 4 orang. Bilik ini juga menyediakan kemudahan penghawa dingin,tv ,kipas siling,bilik mandi dan pemanas air.

    Kemudahan lain adalah seperti dewan yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu masa, restoran makanan laut masakan cina halal, peralatan BBQ, tempat letak kereta yang luas dan taman permainan kanak-kanak.

    Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi ditalian:
    The Resort
    FIREFLY PARK RESORT (KS) SDN BHD

    Alamat                    : Jalan Haji Omar, Kampung Bukit Belimbing, 45000 Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
    Tel                             : 603-3260 1208
    Fax                            : 603-3260 1234
    Nombor restoran: 6019- 669 1398
  • Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race

    Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race

    Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race

    Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race- Telah diadakan pada 25 hingga 27 April 2014 oleh Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan mendapat tajaan Resort World Genting.

    Kuala Kubu Bharu (KKB) dipilih untuk program ini kerana ia adalah merupakan tempat tinggal pelbagai spesis burung dan binatang-binatang. Selain itu, pihak MDHS juga ingin berkongsi kelebihan alam semulajadi di KKB kepada masyarakat dan pelancong-pelancong.

     “Objektif utama penganjuran Wings Of KKB ini adalah bagi memupuk kesedaran orang ramai dan pelajar sekolah khasnya dalam kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti memerhati burung.”

    Gala Dinner yang diadakan khas untuk merasmikan Wings Of KKB 2014 yang bertempat di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort Genting Highland.

    IMG_3556

    Perasmian Wing Of KKB 2014 : Selangor Birds Race

    Seperti tahun-tahun lepas pertandingan mengenalpasti burung diadakan mengikut kategori tertentu seperti kategori sekolah dan kategori terbuka. Tetapi, untuk program Wings Of KKB 2014 ini, ianya lebih meriah kerana ditambah 2 lagi kategori iaitu kategori pelajar universiti, kolej  dan pertandingan fotografi burung. Selain itu, acara Mini Explorace adalah salah satu acara sampingan yang dianjurkan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah .

    IMG_3702

    Pelajar sekolah rendah tengah bersedia untuk memulakan aktiviti Mini Explorace

    Peserta perlu bergerak untuk 10 checkpoint yang telah ditetapkan. Ianya bermula dengan 5 checkpoint di Bandar Kuala Kubu Bharu, Taman Milenium, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan berakhir di Resort World Genting.

    Oleh itu, para peserta berpeluang untuk melihat dan mengenalpasti pelbagai spesis burung dari serata dunia dan mengikut perbezaan ketinggian dari aras laut.

    Pemenang bagi acara Birds Race akan menerima hadiah berjumlah RM10,000.00 dalam bentuk barangan “Outdoor” bagi ketiga-tiga kategori. Manakala bagi pemenang pertandingan fotografi burung pula menerima hadiah kamera Nikon D3100. Pihak Resorts World Genting juga menyediakan hadiah berupa penginapan 2 hari 1 malam di First World Hotel dan hadiah sampingan lain.

    Pemenang bagi kategori sekolah rendah ialah kumpulan Red Eagle dari Sekolah Kebangsaan Ampang Pechah dengan jumlah carian sebanyak 19 spesis. Bagi kategori sekolah menengah dimenangi oleh kumpulan Jentayu dari Sekolah Menengah Syed Mashor dengan jumlah carian sebanyak 21 spesis. Bagi kategori kolej dan universiti dimenangi oleh kumpulan Magpie Robin dari Universiti Teknologi Mara Perlis. Bagi kategori terbuka dimenangi oleh  kumpulan 3 Aquile yang berasal daripada Serdang dengan jumlah carian sebanyak 59 spesis. Pemenang bagi pertandingan fotografi pula dimenangi oleh Suhaimi Bin Mohd Yusof yang berasal daripada Putrajaya.

     IMG_3922

  • Sinar Ramadan

    Sinar Ramadan

    Sinar Ramadan

    sinar-ramadhan