Novartis Malaysia majikan terbaik 4 tahun berturut-turut

Mohamed Elwakil (kiri) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Premier Pathology, Hareef Muhammed ketika Novartis Malaysia mengumumkan pelancaran Kempen Penggalak PIK3CA untuk pesakit kanser payudara lanjutan (aBC).

Mohamed Elwakil (kiri) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Premier Pathology, Hareef Muhammed ketika Novartis Malaysia mengumumkan pelancaran Kempen Penggalak PIK3CA untuk pesakit kanser payudara lanjutan (aBC).

NOVARTIS Malaysia menerima anugerah Top Employer Certified Excellence in Employee Conditions untuk empat tahun berturut-turut pada 2023 dan menjadikannya salah satu majikan terbaik di dunia.

Presiden Negara Novartis Malaysia, Mohamed Elwakil berkata, anugerah tersebut mengesahkan komitmen syarikat dalam memperjuangkan budaya kerja ‘inspired, curious, dan unbossed’ sekali gus membolehkan kakitangan melaksanakan kerja pada tahap optimum secara konsisten setiap hari.

“Ini mengesahkan kehadiran kami sebagai sebuah syarikat ubat-ubatan inovatif yang terkemuka dalam membantu memanjangkan serta menambah baik kehidupan lebih 32 juta rakyat Malaysia.

“Dengan lebih 800 kakitangan, kami mempunyai tiga bahagian utama yang terdiri daripada Innovative Medicine (Pharma dan Oncology), Sandoz (Biosimilars) dan Novartis Corporate Center (NOCC) salah satu daripada enam pusat perkhidmatan korporat di dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Hareef Muhammed dan Mohamed Elwak memberi penekanan kerjasama antara Novartis Malaysia dan Pantai Premier Pathology untuk menyediakan ujian awal dan berkesan, yang merupakan kunci dalam meningkatkan prognosis dan kualiti hidup pesakit kanser payudara.

Hareef Muhammed dan Mohamed Elwak memberi penekanan kerjasama antara Novartis Malaysia dan Pantai Premier Pathology untuk menyediakan ujian awal dan berkesan, yang merupakan kunci dalam meningkatkan prognosis dan kualiti hidup pesakit kanser payudara.

Tambah beliau, keupayaan untuk menarik, memahirkan dan mengekalkan seseorang yang berbakat adalah salah satu objektif utama sebagai majikan bagi menyokong pelaksanaan strategi serta perkembangan produk inovatif membantu rakyat seluruh negara.

Menurutnya, dengan memenangi anugerah tersebut mengukuhkan lagi komitmen dan polisi yang kondusif supaya memastikan persekitaran kerja inklusif, fleksibel, memanfaatkan usaha serta kesejahteraan bersama.

“Pasaran pekerjaan yang mencabar pada era ini bagi kedua-dua pekerja dan majikan adalah penting untuk semua pihak dalam mencapai matlamat masing-masing,” jelasnya.

Sementara itu, wakil Ketua Negara Rakyat dan Organisasi Novartis Malaysia, Anne Heng berkata, pengiktirafan ini merupakan kegigihan bagi mewujudkan ekosistem dan budaya yang berpaksikan usaha mengoptimumkan bakat.

Menurutnya, ia merupakan penghargaan yang besar kepada dasar sumber manusia syarikat yang sentiasa menggalakkan komunikasi dan kerjasama yang jelas antara 800 kakitangan di Malaysia bagi mewujudkan persekitaran kerja optimum untuk semua.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Top Employer Institute, David Plink berkata,pengiktirafan tersebut mampu mencungkil bakat terbaik terhadap individu dan organisasi.

“Majikan-majikan ini sentiasa menunjukkan mereka mengambil berat terhadap pembangunan dan kesejahteraan pekerja mereka secara kolektif bagi memperkayakan dunia pekerjaan,” katanya.

Sumber