Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada hari ini. Foto hiasan

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada hari ini. Foto hiasan

KETEGANGAN geopolitik yang meningkat di Timur Tengah terus merangsang aset-aset selamat dengan kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada hari ini.

Seorang penganalisis berkata, pasaran emas global juga mendapat rangsangan daripada tanda-tanda inflasi AS yang mereda yang mencetuskan harapan untuk terhentinya seketika kitaran kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS pada mesyuarat Rizab Persekutuan selama dua hari yang berakhir Rabu.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2023 naik kepada AS$1,995.00 setiap auns troy daripada AS$1,987.80 pada Jumaat, November 2023 melonjak kepada AS$2,005.00 daripada AS$1,997.80 dan Disember 2023 bertambah kepada AS$2,015.50 daripada AS$2,008.30.

Kontrak untuk Januari 2024, Februari 2024 dan April 2024 semuanya pada AS$2,023.80 setiap auns troy.

Sumber