Majlis perasmian kempen disempurnakan Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor, V Papparaidu (tengah) di Mydin Subang Jaya di sini.
RANGKAIAN pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) melancarkan kempen sambutan Deepavali dengan tema ‘Warna-Warni Deepavali’ di sini pada Isnin.
Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, pelbagai program diatur akan berlangsung di Mydin sehingga 30 November depan antaranya ‘Bombay Bazaar’.
Menurutnya, ‘Bombay Bazaar’ dengan kerjasama Taaka Lee Studio menawarkan pelbagai promosi makanan dan pakaian tradisional masyarakat India, persembahan kebudayaan serta dekorasi hiasan ‘kolam’ menarik.
“Bombay Bazaar ini melibatkan cawangan Mydin Mutiara Rini (Johor), Seremban (Negeri Sembilan), Jasin (Melaka), Subang Jaya (Selangor) dan Ipoh (Perak) serta Bukit Mertajam (Pulau Pinang),” katanya.