Diskaun harga sehingga 30 peratus bagi lebih daripada 60 produk dari pelbagai jenama.
PERUNCIT perkakas rumah terbesar di Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y (M) Berhad menawarkan diskaun harga sebanyak 30 peratus bagi lebih 60 produk daripada pelbagai jenama pada Julai ini sempena ulang tahun ke-18.
Ketua Pemasaran MR D.I.Y, Alex Goh berkata, tawaran tersebut termasuk alat elektrik, barangan keperluan rumah, aksesori kereta, peralatan sukan, alat tulis, makanan dan minuman di semua cawangan termasuk dalam talian.
Produk soket sambungan 4-gang (5m) pada harga RM26.90 (harga biasa: RM39) dan paip sinki dinding fleksibel pada harga RM31 (harga biasa: RM45).
Menurutnya, pihak syarikat turut menyediakan peraduan dengan menampilkan jongkong emas 5 gram rekaan khas MR D.I.Y yang pertama.
“Berita baik buat golongan belia yang layak untuk Kempen eBelia Rahmah RM200 mereka boleh menggunakan kredit eCash mereka di cawangan MR D.I.Y, MR DOLLAR dan MR TOY.
“Mereka turut menerima pulangan tunai RM2 apabila berbelanja sekurang-kurangnya RM40 menggunakan aplikasi e-dompet Boost atau Touch n Go (TNG),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ujar Alex, seiring dengan janji ‘always low prices’ mereka telah menyusun pelbagai acara, tawaran dan promosi menarik sebagai tanda penghargaan kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan sejak sekian lama.
Tambahnya, syarikat akan terus melaksanakan misi sebagai peruncit pilihan ramai dengan menyediakan keperluan asas harian yang berkualiti kepada rakyat Malaysia dan memastikan setiap lokasi mudah dikunjungi.
Bermula sebagai sebuah perusahaan perkakas tradisional tunggal di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, kini MR D.I.Y mempunyai 1,100 cawangan.
“Bagi pihak Kumpulan MR D.I.Y mengucapkan terima kasih atas sokongan anda terhadap kejayaan dan menjadikan kami sebagai sebuah ikon tempatan.
“Kami tidak akan berada di sini tanpa usaha berterusan lebih 16,500 pekerja di seluruh negara dan sokongan serta kesetiaan pelanggan,” katanya.