MPL Malaysia Tawar Ganjaran Lumayan! Tonton Live, Kumpul Mata & Tebus Diamonds Sekarang!

Written by

in

, ,

Fenomena Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia terus mencuri perhatian apabila platform penstriman digital Tonton memperkukuhkan peranannya dalam ekosistem esports tempatan menerusi kolaborasi strategik bersama Moonton. Kerjasama ini menyaksikan penstriman eksklusif MPL Malaysia Season 17 disajikan kepada peminat di seluruh negara.

Langkah ini bukan sahaja memperluas akses kepada aksi kompetitif bertaraf profesional, malah mengukuhkan kedudukan Tonton sebagai hab utama bagi komuniti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Malaysia. Selari dengan usaha tersebut, Tonton turut memperkenalkan kempen “Tonton & Menang: MPL MY S17” yang berlangsung dari 29 April hingga 7 Jun 2026 bagi meningkatkan interaksi pengguna serta merancakkan pertumbuhan platform.

Kempen ini direka dengan mekanisme penyertaan yang mudah dan mesra pengguna. Peserta hanya perlu mengakses laman mikro rasmi melalui kod QR atau pautan yang disediakan, kemudian log masuk atau mendaftar akaun Tonton sebelum mula menonton perlawanan MPL Malaysia Season 17 di saluran Live TV. Penyertaan akan dikira secara automatik sebaik sahaja tontonan bermula, dengan jumlah mata ditentukan berdasarkan jam tontonan mingguan yang berjaya dikumpulkan.

Peserta dengan jumlah tontonan tertinggi berpeluang muncul sebagai pemenang dan akan dihubungi oleh pihak Tonton untuk proses pemberian ganjaran terus ke dalam aplikasi MLBB. Antara ganjaran yang ditawarkan termasuk sehingga 4,450 Diamonds serta Skin Chests eksklusif, menjadikan pengalaman menonton lebih berbaloi.

Selain itu, peminat juga boleh menikmati siaran tanpa gangguan setiap Jumaat hingga Ahad sepanjang musim berlangsung. Orang ramai disarankan untuk tidak melepaskan peluang ini dan terus mengikuti MPL Malaysia Season 17 di Tonton, di samping mendapatkan perkembangan terkini menerusi platform media sosial rasmi @tontonmy.