Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Music
  • ‘Momento’ Karya terbaru Ika Mustafa dan Aqmal Ramdan
  • Music

‘Momento’ Karya terbaru Ika Mustafa dan Aqmal Ramdan

Helmi Aziz September 26, 2024 (Last updated: October 7, 2024) 4 minutes read
momento Ika Mustafa dan Aqmal Ramdan

Lirik yang indah membuai rasa… Begitulah perasaan yang dibawa oleh lagu terbaru Ika Mustafa dan Aqmal Ramdan berjudul ‘Momento’.

Kolaborasi luar biasa mereka dalam lagu duet ini mencetuskan keajaiban, seolah-olah membawa pendengar kembali ke saat-saat awal percintaan yang penuh debaran dan rasa mendalam. Lagu ini diterbitkan oleh Alternate Records & Talents, dengan komposer berbakat Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh di belakang pembikinannya.

“Momento’ bukan sekadar sebuah lagu cinta, tetapi ia menceritakan tentang momen manis yang terukir pada awal percintaan, detik-detik kecil yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidup setiap pendengar. Dengan sentuhan magis Firdaus Rahmat, lirik dan melodi ‘Momento’ dicipta untuk menjadi sebuah nostalgia yang kekal di hati.

Keserasian luar biasa antara penyanyi berbakat Ika Mustafa dan Aqmal Ramdan dalam lagu ‘Momento’ yang bergenre pop ini sangat sesuai dengan karakter mereka yang ceria serta keunikan nada suara yang seiring menyampaikan genre muzik ini. Dengan gabungan vokal yang saling melengkapi, mereka berjaya mencipta satu keajaiban alunan muzik yang mampu menghidupkan kembali detik-detik indah percintaan, sambil mengalun mesra ke dalam jiwa pendengar.

Firdaus Rahmat menjelaskan idea di sebalik pemilihan penyanyi untuk lagu ini: “Inspirasi untuk lagu ‘Momento’ tercetus daripada pengalaman setiap individu yang pernah merasai keindahan detik awal bercinta. Saya memilih Aqmal dan Ika kerana keunikan suara Aqmal yang rendah dan kemas berpadu dengan suara Ika yang lunak dan tinggi, mencipta harmoni yang sangat memikat. Keserasian vokal mereka yang saling melengkapi membuatkan sesi rakaman sangat lancar dan menyeronokkan.”

Tambah Firdaus lagi, “Aqmal dan Ika menunjukkan dedikasi serta semangat kerja yang tinggi sepanjang proses rakaman, menghasilkan hasil akhir yang cukup memuaskan. Kedua-duanya sangat profesional, tahu menggunakan kebolehan masing-masing dan sentiasa memperbaiki kelemahan. Saya berharap ‘Momento’ dapat menjadi kenangan manis untuk setiap pendengar, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di fasa awal percintaan. Dengan lirik yang berkait rapat dengan kehidupan seharian, lagu ini mampu menjadi satu nostalgia cinta yang akan terus diingati.”

Ika, yang merupakan peserta Program Lagu Cinta Kita Musim Ke 3 di TV3, meluahkan rasa terujanya yang mendalam selepas kali pertama mendengar demo lagu ini: “‘Momento’ adalah lagu pertama saya berduet. Dari saat pertama mendengar demo, saya terpikat dengan lirik dan melodi yang sangat comel untuk pasangan bercinta, yang sangat menenangkan. Selain itu, bekerja dengan Firdaus Rahmat sangat menyeronokkan, beliau memberi ruang untuk kami mengekspresikan kreativiti masing-masing.”

“Cabaran utama saya adalah membina chemistry dengan Aqmal, kerana lagu ini mempunyai makna yang sangat mendalam dan berkait rapat dengan perasaan bercinta yang dialami oleh semua generasi. Alhamdulillah, kami berjaya menghasilkan sinergi yang harmoni, berkat sikap Aqmal yang ceria, kelakar dan mudah bergaul menjadikan setiap momen di studio penuh keceriaan dan keseronokan.”

Menurut Aqmal Ramdan, yang merupakan Naib Juara program Terpaling Juara, beliau menjelaskan, “Lagu ‘Momento’ adalah single ketiga saya bersama Alternate Records selepas ‘Seindah Kasih’ dan ‘Only With You’. Lagu ini sangat serasi dengan jiwa saya, dan saya gembira dapat menyumbangkan suara dalam sebuah karya yang penuh makna ini. Saya berharap ‘Momento’ dapat diterima oleh semua pendengar, terutamanya mereka yang sedang mengalami detik awal percintaan. Melodi dan liriknya sangat menyentuh, dan saya percaya ia akan menjadi lagu yang kekal dalam ingatan. Saya bersyukur kerana Alternate Records sekali lagi memberi peluang dan kepercayaan untuk lagu ini, memperkukuh kerjasama yang telah terbina.”

Aqmal dan Ika berpendapat bahawa ‘Momento’ adalah lagu yang wajib didengari oleh setiap pasangan bercinta dan menjadi siulan ramai. Harapan mereka, “Kami mengharapkan agar ‘Momento’ mampu meninggalkan kesan yang mendalam pada setiap telinga yang mendengarnya, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sedang dilamun cinta. Jika diberi peluang untuk mempersembahkan lagu ini di pentas Anugerah Juara Lagu, itu pasti menjadi impian terbesar kami.”

Lagu ini juga menjadi runut bunyi (OST) bagi drama “My Stolen First Kiss” yang sedang hangat bersiaran di Tonton. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati alunan indah ‘Momento’ nyanyian Ika Mustafa dan Aqmal Ramdan yang kini telah berkumandang di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman dalam talian seperti Spotify dan YouTube Music.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Konsert Mega Kuala Lumpur: Udit Narayan Bertemu Peminat!
Next: Jangan Pandang Belakang 2: Filem Seram Malaysia Tembusi 14 Negara

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.