Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • Mitos dan salah tanggapan terhadap vaksin influenza
  • Sport

Mitos dan salah tanggapan terhadap vaksin influenza

Helmi Aziz September 2, 2022 4 minutes read
591856.jpg

SEJAK kebelakangan ini, berita mengenai peningkatan kes jangkitan influenza dalam kalangan kanak-kanak waima orang dewasa menjadi isu yang sedang hangat diperkatakan.

Keadaan menjadi semakin kalut apabila seorang doktor swasta membuat pendedahan kononnya vaksin influenza semakin susut.

Kenyataan pakar perubatan itu ternyata bukan omongan kosong.

Buktinya, pada Jumaat lalu, ketika penulis mahu mendapatkan vaksin berkenaan, jururawat yang mahu menyuntik di tangan kiri penulis seraya berkata: “Puan memang bernasib baik sebab vaksin tinggal sikit sahaja. Alhamdulillah, rezeki puan.”

Hal itu membuatkan penulis spontan bertanya: “Di hospital besar macam ni pun vaksin dah habis ke?”

Jawabnya: “Cukup, namun jumlah pesakit yang dapatkan vaksin naik mendadak secara tiba-tiba. Ada yang mengambil langkah berjaga-jaga, namun tidak kurang juga yang sudah terlambat.

Memang kasihan, kebanyakan mereka terutama budak-budak positif influenza.

” Senario itu membuatkan penulis terus terfikir tentang sejumlah anak buah penulis yang masih kecil di kampung. Kebimbangan berlumut dalam hati penulis selepas dimaklumkan mereka masih belum berkesempatan mendapatkan vaksin, namun mengakui pihak sekolah sedang mengambil langkah pencegahan.

Langkah itu memang satu keperluan memandangkan beberapa buah sekolah di Pulau Pinang, Selangor dan Perak ditutup.

Lebih menyedihkan, seorang kanak-kanak sudah dilaporkan meninggal dunia di Johor semalam. Sebenarnya, vaksin influenza bukan hanya perlu diambil oleh kanak-kanak malah semua individu terutamanya wanita hamil.

Pun demikian, masih terdapat suara-suara aneh yang menyuarakan mitos yang tidak masuk akal terhadap keperluan ibu hamil mengambil vaksin berkenan.

Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, MedTweetMY, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak juga hairan dengan senario tersebut.

Dr Muhammad Izzat berkata, wanita mengandung memang sangat disaran mendapatkan suntikan vaksin.

“Saya akan sentiasa memastikan semua ibu hamil menerimanya (suntikan vaksin influenza) kerana jangkitan akan menjadi lebih serius jika melibatkan ibu hamil berbanding individu lain (yang tidak hamil),” katanya kepada Sihat:Aktif baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, vaksin tersebut bukan sahaja untuk ibu, malah bayi di dalam kandungan tersebut turut dilindungi.

Apakah mitos-mitos yang sering dibangkitkan mengenai keburukan vaksin influenza oleh segelintir individu tidak bertanggungjawab?

Dr Muhammad Izzat menyenaraikannya dengan harapan para ibu mengandung yang disasarkan tidak mudah percaya!

Mitos 1-Vaksin influenza akan membahayakan bayi

Hakikatnya, vaksin tersebut kata Dr Muhammad Izzat, mempunyai rekod keselamatan yang bagus dan tidak mempunyai perkaitan risiko bahaya untuk ibu hamil dan bayi.

“Kajian menunjukkan jika ibu mengandung mendapat jangkitan influenza, mereka berpotensi mendapat komplikasi yang teruk seperti bronkitis dan pneuomnia iaitu jangkitan pada paru-paru.

“Ada juga yang akan mendapat jangkitan di telinga, sepsis (jangkitan bakteria yang disebarkan melalui darah), meningitis (infeksi yang menyebabkan radang selaput di sekitar otak dan sumsum tulang belakang) dan encephalitis iaitu jangkitan pada bahagian otak,” katanya.

Mitos 2-Tidak boleh lewat mengambil vaksin

Vaksin influenza sebenarnya selamat untuk dicucuk pada bila-bila masa di semua peringkat kehamilan. Tiada istilah ‘terlambat’ untuk mengambil vaksin pun.

Justeru, kepada wanita hamil, tidak kisah kondisi sudah tiga, lima atau tujuh bulan, segeralah mendapatkan vaksin lebih-lebih dalam keadaan genting sebegini.

Mitos 3-Selesema boleh baik dengan sendirinya

Influenza atau flu sering disalahertikan sebagai selesema biasa. “Hakikatnya, ia merebak melalui batuk dan bersin serta boleh menimbulkan pelbagai komplikasi berbanding selesema biasa kerana boleh menyebabkan kematian,” kata Dr Muhammad Izzat.

Mitos 4-Selepas disuntik vaksin, si ibu akan selesema

Vaksin influenza mengandungi jenis virus yang telah dilemahkan atau virus yang telah dibunuh. Virus-virus jenis itu tidak boleh menyebabkan si ibu selesama sama sekali.

Mitos 5-Enggan ambil vaksin sekali lagi

Seringkali kedengaran kononnya, wanita mengandung tidak perlu mengambil semula vaksin kerana sudah menerimanya pada tahun-tahun sebelumnya. “Virus yang menyebabkan influenza akan berubah-ubah setiap tahun. Ini bermakna, vaksin pada tahun lepas, berkemungkinan juga tidak akan sama pada tahun ini dan juga tahun-tahun akan datang.

Walaupun vaksin telah diambil pada tahun lepas dan ibu yang disahkan hamil pada tahun ini, mereka tetap disarankan mengambil semula,” katanya.

DR Muhammad Izzat.

DR Muhammad Izzat.

PROFIL

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak

Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan

MedTweetMY

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Berkahwin dengan tunangan orang lain
Next: KFC, Pizza Hut tawar promosi istimewa pada harga RM6.50

Related Stories

Byon Combat Showbiz Vol. 7 (BM) Poster
  • Lifestyle
  • News
  • Sport
  • Sports

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Akhirnya Tiba, Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Debut Antarabangsa.

Allya Adriana April 22, 2026
WhatsApp Image 2026-04-21 at 15.40.23
  • Community
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Event
  • Sport

Sokongan FINAS Perkukuh Golf Amal Selebriti Demi Kebajikan Penggiat Filem

Farihin Azlan April 22, 2026
image (1)
  • Health
  • Sport

Strategic Alliance Between Sunway Medical Centre Velocity and ISN to Elevate Athlete Treatment and Recovery

Yasmin Zainal April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.