Misi Surah Al-Insan tingkat semangat berpasukan

Misi Surah Al-Insan tingkat semangat berpasukan

GEORGETOWN – [DIKEMAS KINI] Bacaan Surah Al-Insan bergema di Surau Ibnu Yaakob Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersempena Program World #QuranHour 2023 di sini pada Khamis.

Program World #QuranHour 2023 dijalankan secara serentak di seluruh negara dengan konsep membaca al-Quran, mendalami maksud, bertadabbur dan mengamalkannya.

World #Quran Hour tahun 2023 peringkat IPK Pulau Pinang diimarahkan dengan kehadiran Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Mohd Suhaily (tiga dari kiri) turut bersama pegawai dan anggota IPK Pulau Pinang membaca Surah Al-Insan sempena kempen World #QuranHour 2023.

Mohd Suhaily (tiga dari kiri) turut bersama pegawai dan anggota IPK Pulau Pinang membaca Surah Al-Insan sempena kempen World #QuranHour 2023.

Misi surah Al-Insan dibaca dan diperdengarkan sebagai sokongan meningkatkan usaha mendekatkan al-Quran dalam kalangan umat Islam.

Bacaan surah Al-Insan yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad I’zuddin Ahmad dan Ustaz Amir Anuar Mohamad dari Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pematuhuan Standard (JIPS) IPK Pulau Pinang.

Surah berkenaan dipilih bagi Program World #Quran Hour kali ini mensasarkan objektif meraikan dan menyemarakkan semangat cintakan al-Quran, meningkatkan dan melestarikan semangat berpasukan dalam membentuk jati diri insan al-Abrar serta mengeratkan ikatan silaturahim di kalangan warga kerja PDRM Pulau Pinang.

Pegawai dan anggota IPK Pulau Pinang membaca surah Al-Insan sempena kempen World #QuranHour 2023.

Pegawai dan anggota IPK Pulau Pinang membaca surah Al-Insan sempena kempen World #QuranHour 2023.

Program ini diteruskan dengan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Kontinjen Pulau Pinang bersama 62 orang peserta yang terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai pangkat rendah polis dan kakitangan awam PDRM Pulau Pinang.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais.

Sementara itu di ALOR SETAR, sambutan Program World #QuranHour di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) meriah dengan kehadiran 200 peserta.

Pelajar Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah antara yang hadir memnyertai program World #QuranHourdi Auditorium PPAK, Alor Setar pada Khamis.

Pelajar Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah antara yang hadir memnyertai program World #QuranHourdi Auditorium PPAK, Alor Setar pada Khamis.

Pengarah PPAK, Shahizan Affandi Zakaria berkata, program terbabit turut diikuti secara langsung oleh sekolah-sekolah, jabatan dan universiti tempatan di Facebook PPAK memandangkan auditorium PPAK tidak mampu menampung jumlah peserta yang lebih ramai.

“Bagaimanapun, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menyertai program ilmu ini sama ada secara berdepan atau maya,” katanya ketika ditemui selepas program World #QuranHour di Auditorium PPAK di sini pada Khamis.

Turut hadir pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia Cawangan Kedah, Persatuan Orang Pekak Negeri Kedah dan agensi kerajaan berdekatan PPAK.

Sementara itu, Timbalan Mufti Negeri Kedah, Marwazi Dziyauddin berkata, World #QuranHour tahun ini adalah berinteraksi dengan Surah Al-Insan iaitu menyasarkan misi dunia bersujud dan membentuk insan bersujud di bawah naungan al-Quran.

“Ia bersesuaian dengan semangat dan keberkatan 10 hari terakhir Ramadan dengan tema ‘Memanusiakan Ummah’ melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World dalam usaha merealisasikan misi masuk syurga sekeluarga,” katanya.

Marwazi menambah, al-Quran perlu dibaca untuk mendalami isi dan pengajaran yang terkandung dalamnya.

“Keberadaan dalam bulan Ramadan yang dikenali juga dengan bulan al-Quran mesti kita manfaatkan dengan memperbanyakkan membaca al-Quran dan mengambil pengajaran yang sebanyak-banyaknya.

“Jangan malu dan jangan takut membaca al-Quran walaupun dalam keadaan merangkak-rangkak kerana meskipun masih bertatih ia lebih baik dari mereka yang meninggalkan terus al-Quran dengan alasan tidak mahir membaca,” katanya.

Dalam pada itu, sambutan World #QuranHour di PERLIS tidak kurang meriahnya apabila dihadiri 150 orang peserta.

Wakil Rumah Ngaji Kedah/ Perlis, Saloni Mustaffa berkata, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan mualaf juga tidak ketinggalan menyertai program terbabit yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Sumber