SINGAPURA – Marina Bay Sands (MBS) Singapura akan menggantung semua perkhidmatan dan operasi Integrated Resort berkuat kuasa 7 April sehingga 4 Mei.
Ini susulan pengumuman kerajaan Singapura pada Jumaat bahawa kebanyakan perniagaan perlu menutup operasi selama sebulan berikutan peningkatan ketara kes koronavirus (Covid-19).
“Kami memohon persefahaman anda berhubung tindakan kami menutup hotel, semua tarikan termasuk Muzium ArtScience, The Shoppes, kedai makanan dan minuman, dan kasino sepanjang tempoh itu,” katanya dalam laman web.
Katanya, bagi mereka yang telah menempah hotel, tempahan bilik untuk bermalam sepanjang tempoh itu, tempahan akan dibatalkan dan bayaran akan dikembalikan.
“Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mencari penginapan di tempat lain bagi tetamu yang sudah mendaftar masuk dan yang dijadual menginap di hotel kami sehingga selepas tempoh penutupan itu,” katanya. – Bernama