Majlis Penyampaian Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500, anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN), telah berlangsung dengan penuh gemilang di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur. Acara ini dirasmikan oleh YBrs. Tuan Abu Bakar bin Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif MATRADE, menjadikan majlis ini satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan.
Pihak MTPN telah memilih 34 buah syarikat daripada pelbagai industri sebagai pemenang-pemenang pada majlis ini melalui proses penaksiran dan pangauditan yang ketat dan tulus.
Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 merupakan suatu inisiatif (MTPN) untuk mengenal pasti perniagaan yang memberikan perkhidmatan yang unggul dan berintegriti kepada pengguna.
Program berprestij ini dapat menggalakkan kecemerlangan perniagaan di Malaysia serta mengenal pasti dan mendidik para peniaga akan pentingnya mengekalkan perniagaan yang beretika. Anugerah Pilihan Pengguna ini juga dapat membantu perniagaan tempatan bagi mendapatkan pengiktirafan istimewa yang menjadi standard pilihan pengguna.
“Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 adalah inisiatif Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) di Malaysia. Anugerah ini mengiktiraf syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan boleh dipercayai kepada pengguna. Ia bertujuan untuk menggalakkan kecemerlangan perniagaan dan amalan etika dalam kalangan syarikat di Malaysia,” kata Tuan Abdul Malik Bin Jamaran, Pengasas Program Top 500 semasa memberikan ucapan alu-aluan mewakili Majlis Tindakan Pengguna Negara.
“Majlis Tindakan Pengguna Negara ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua syarikat yang memenangi anugerah dan berharap mereka akan terus berinovasi dan berusaha untuk membawa lebih banyak perkhidmatan berkualiti kepada pengguna Malaysia di masa hadapan” tambah beliau.

Senarai penerima Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500
1. INAI REPUBLIC
2. BEWELL CHIROPRACTIC
3. NAJEEHAH INTERNATIONAL SDN BHD
4. AGENSI PEKERJAAN UKHWAH SDN BHD
5. BRILLIANT SKIN ESSENTIALS TRADING MALAYSIA SDN BHD
6. DORA MILL ONLINE TRADING SDN BHD
7. FANMASTER SDN BHD
8. AGENSI PEKERJAAN KAWASAMA (M) SDN BHD
9. BIOFUNCTION MARKETING SDN BHD
10. OLICELL GROUP (M) SDN BHD
11. DUOLEAF HEALTHCARE SDN BHD
12. CHER’S (M) SDN BHD
13. CEL-ELEMENTS HOLDINGS (M) SDN BHD
14. ALLOY KITCHEN MARKETING SDN BHD
15. EASTERN ECKARE MALAYSIA SDN BHD
16. WIKI CAREER SDN BHD
17. SUMATRAA INDUSTRIES SDN BHD
18. NOROS VENTURE SDN BHD
19. MIMPI NATURAL HEAD SPA & SALON
20. MILI TECH SDN BHD
21. PREMIUM PURE SDN BHD
22. ANTASA ENTERPRISE SDN BHD
23. YES TRAVEL AND HOLIDAYS SDN BHD
24. KYUT SKIN
25. TENQ GROUP SDN BHD
26. VITAMODE
27. HERO 99 SDN BHD
28. EEB BEAUTY SDN BHD
29. FULLY KITCHEN EQUIPMENT SDN BHD
30. THE NATURAL MARKETPLACE SDN BHD
31. MODERNMED SDN BHD
32. PERTIMA TRENGGANU SDN BHD
33. ALG WORLDWIDE SDN BHD
34. SAUNA LUXE SDN BHD