Kumpulan Perangsang Selangor jual semua kepentingan dalam Splash

SYARIKAT bersekutu Kumpulang Perangsang Selangor Bhd, Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash Holdings), merancang untuk menjual semua kepentingan ekuiti dan saham pinjaman tidak bercagar boleh tebus (RULS) dalam Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Kumpulan Perangsang berkata pengumuman itu berkaitan dengan cadangan Air Selangor mengenai pembelian 100 peratus kepentingan ekuiti dan RULS dalam Splash. – Bernama



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *