MUSE+ bakal mencipta sejarah dengan penganjuran KONSERT HITSTER VOL 1 – OTAI SANGAT MENYENGAT, sebuah persembahan eksklusif yang menampilkan gabungan empat legenda muzik serantau. Konsert unik ini akan berlangsung pada 1 Februari 2025, bertempat di THE STAR THEATRE, SINGAPORE, bermula jam 8 malam.
Menghimpunkan nama besar seperti Dato’ Nash, Zamani, Ameng Spring, dan Jatt Ali, konsert ini menjanjikan malam penuh nostalgia yang meraikan karya agung mereka. Setiap vokalis ini membawa warisan seni tersendiri, mewakili era kegemilangan muzik menerusi kumpulan Lefthanded, Slam, Spring, dan Black Dog Bone.
Dato’ Nash, dengan lagunya Pada Syurga Di Wajahmu, bersama Zamani melalui Tak Mungkin Berpaling, Ameng Spring dengan Sampai Hati, dan Jatt Ali melalui Khayalan telah mengukir kenangan indah dalam jiwa peminat. Kini, buat pertama kali, mereka akan bersatu di atas satu pentas.

Menurut Atrez, Pengarah Urusan MUSE+, pemilihan vokalis untuk edisi pertama ini dibuat berdasarkan pencapaian luar biasa mereka dalam industri muzik. “Konsert ini tidak hanya mengimbau nostalgia, tetapi juga membuktikan kehebatan muzik dalam menyatukan generasi. Kami sangat teruja untuk memulakan tahun 2025 dengan persembahan luar biasa ini.”
Bagi Zamani, pembabitan dalam konsert ini merupakan satu penghormatan. “Saya teruja untuk bersama-sama dengan Nash, Ameng, dan Jatt Ali, buat pertama kali di THE STAR THEATRE. Nantikan persembahan khas kami yang pasti akan menghidupkan semula kenangan indah buat semua peminat,” ujar beliau.
Selain persembahan lagu-lagu hits mereka, setiap artis akan menampilkan gaya khas yang memperlihatkan perjalanan karier mereka yang kaya dan berwarna-warni.
Maklumat Tiket dan Acara
Peminat yang tidak mahu melepaskan peluang ini boleh mendapatkan tiket dengan harga berikut:
- $98 (GOLD)
- $128 (PLATINUM)
- $148 (DIAMOND)
- $248 (VIP & MEET & GREET)
Tiket boleh dibeli menerusi laman web rasmi WWW.STARTIX.SG.

KONSERT HITSTER VOL 1 hanyalah permulaan. Menurut Atrez, MUSE+ merancang untuk membawa konsep ini ke peringkat seterusnya dengan menampilkan penyanyi legenda wanita untuk siri konsert masa depan.
Jadi, jangan lepaskan peluang menyaksikan detik bersejarah ini, di mana suara emas legenda akan bergema di THE STAR THEATRE, SINGAPORE. Raikan kehebatan muzik yang melangkaui masa dan generasi bersama KONSERT HITSTER VOL 1 – OTAI SANGAT MENYENGAT.
Butiran Acara
- Acara: KONSERT HITSTER VOL 1 – OTAI SANGAT MENYENGAT
- Artis: Dato’ Nash, Zamani, Jatt Ali, Ameng Spring
- Lokasi: THE STAR THEATRE, SINGAPORE
- Tarikh: 1 Februari 2025
- Masa: 8 malam
- Penganjur: MUSE+
- Tiket: WWW.STARTIX.SG
Jom nikmati malam penuh magis bersama para legenda yang telah meninggalkan impak mendalam dalam dunia muzik!