Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Music
  • Kolaborasi Trio Sabah Bawakan Kisah Cinta Melalui Single ‘Mencintaimu’
  • Music

Kolaborasi Trio Sabah Bawakan Kisah Cinta Melalui Single ‘Mencintaimu’

Helmi Aziz December 2, 2024 3 minutes read
IMG_0964

Penyanyi muda asal Sabah, Rudy Zil, atau nama sebenarnya Mohd Fadzil Madi, kini tampil dengan sebuah single terbaru berjudul ‘Mencintaimu’. Lagu ini merupakan kolaborasi menarik antara Rudy Zil, David Totorial (Influencer Tiktok Sabah), dan Ester, penyanyi muda Sabah yang turut memberikan sentuhan vokal perempuan dalam lagu tersebut. Lagu ini menceritakan kisah seorang lelaki yang berada dalam dilema akibat pasangan yang curang, namun tetap bertahan dan terus mencintai pasangan tersebut.

Menurut Rudy Zil, selaku produser dan penyanyi utama, proses penghasilan lagu ini bermula secara spontan. “Lagu ini saya hasilkan dengan nyanyian saya dan David terlebih dahulu sebelum rakaman dilakukan. Namun, saya merasakan ada rangkap yang sesuai dengan vokal perempuan. David, yang mengenali Ester, mencadangkan untuk melibatkan Ester dalam lagu ini,” jelas Rudy Zil.

David Totorial, yang dikenali di platform Tiktok sejak awal 2023, turut berkongsi mengenai perjalanan kerjayanya. Beliau menggunapakai Tiktok bukan sahaja untuk berkongsi kandungan hiburan, tetapi juga untuk mempromosikan perniagaan peribadinya. “Tiktok adalah platform utama saya untuk memperkenalkan perniagaan saya kepada masyarakat. Ia membantu memudahkan saya menjalankan bisnes,” kata David.

Baru-baru ini, David turut meraih kejayaan besar apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah KNKV VIRAL AWARD 2024 dalam kategori Best National Original Comedy. David menewaskan calon-calon lain seperti Ryan Bakery, Dato’ Aliff Syukri, Pak Mat Western, dan Boss James dengan undian tertinggi pada malam anugerah tersebut.

Mengenai kolaborasi dengan David, Rudy berkata, “Saya mula mengenali David sebagai seorang influencer di Sabah dan mengikuti kontennya. Pada satu ketika, saya menghasilkan lagu Kaamatan untuk duet dan melamar David melalui Tiktok. David bersetuju untuk berduet dan dari situ kami merakamkan lagu tersebut. Projek tersebut membawa kepada kolaborasi kami dalam lagu ‘Mencintaimu’.”

Rudy Zil merupakan penyanyi yang aktif dalam industri muzik Sabah, terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik, dan telah merilis beberapa single sebelumnya. Semua karya Rudy ditadbir oleh Luncai Emas, sebuah syarikat pengurusan muzik yang turut bertanggungjawab dalam pengedaran digital lagu ‘Mencintaimu’ di platform-streaming seperti YouTube dan iTunes.

Ester, penyanyi muda Sabah yang turut terlibat dalam lagu ini, berkongsi rasa teruja dengan penglibatannya. “Lagu ini sungguh indah, terutama bagi mereka yang sedang berjuang mempertahankan cinta. Saya bersyukur diberi peluang untuk bekerjasama dengan David dan Rudy dalam single ini. Harapan saya, kami dapat meneruskan kerjasama ini untuk projek-projek lain di masa depan,” kata Ester. Sebelum ini, Ester juga telah melancarkan beberapa single berbahasa Dusun, seperti ‘Rasam Id Ginawo’ dan ‘Tupusku’.

David berharap agar lagu ‘Mencintaimu’ dapat diterima baik oleh pendengar dari pelbagai latar belakang. “Harapan saya, semoga masyarakat luar dapat menerima lagu terbaru kami. Semoga ia berkembang lebih meluas dan mendapat sokongan yang padu dari peminat,” ujar David lagi.

Lagu ‘Mencintaimu’ kini telah dilancarkan dengan muzik video yang boleh ditonton di saluran YouTube Luncai Emas. Lagu ini juga telah tersedia di platform digital dan streaming seperti iTunes dan YouTube, di mana Luncai Emas bertindak sebagai pengedar rasmi. Diharapkan lagu ini dapat menyentuh hati para peminat muzik dan media, serta menarik perhatian generasi baru yang sedang mencari karya yang penuh emosi dan mendalam.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: HONOR X9c Smart vs. HONOR X9c 5G: Which One Fits Your Needs?
Next: AKEMI Unveils Flagship Store at Sunway Pyramid: A New Era in Home Living

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.