Media Prima Berhad & Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) telah bekerjasama melancarkan Kempen Tabung Pahlawan 2020 untuk memberikan penghormatan di atas pengorbanan setiap veteran yang telah berjasa kepada negara. Kempen ini dilancarkan menerusi siaran langsung di program Malaysia Hari Ini di Sri Pentas oleh YABhg. Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman selaku Penaung Kempen Tabung Pahlawan. Turut hadir di majlis pelancaran tersebut adalah YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan dan YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertahanan.
Persembahan menarik daripada Angkatan Tentera Malaysia iaitu ‘Tempur Tanpa Senjata’ dari Tentera Darat Malaysia (TDM), kawad senyap Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), ‘drumline’ Tentera Udara Diraja Malaysia dan persembahan terakhir oleh Ning Baizura dan Zainal Ariffin Ismail dengan lagu ‘Perwira’. Media Prima Berhad turut menyediakan pelbagai pengisian program dan aktiviti menarik dalam menyemarakkan lagi kempen tersebut. Kempen Tabung Pahlawan 2020 bertujuan menggalakkan orang ramai memberi sumbangan secara ikhlas untuk membantu Veteran ATM. Kempen Tabung Pahlawan 2020 mensasarkan jumlah kutipan melebihi RM 10 juta. Anda boleh menyalurkan sumbangan menerusi Tabung Rayuan Hari Pahlawan (Affin Bank 1059 5000 3201). 20 selebriti popular tanah air akan turut menyumbangkan barangan peribadi untuk dijual dan hasil jualan tersebut akan disalurkan ke Tabung Pahlawan. Aktiviti jualan tersebut akan dihebahkan menerusi laman media sosial rasmi TV3 dan program Wanita Hari Ini dan Melodi, bermula 24 Ogos – 4 September 2020.
Usaha Media Prima Berhad mengiklankan kempen tersebut dengan menghasilkan lagu dan muzik video ‘Perwira’, mengadakan segmen khas dalam Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari Ini, episode khas di Majalah 3 dan Nona, telefilem khas iaitu Kelab Gentleman dan Kapsul Apa Kata Orang Muda untuk menyemarakkan lagi kempen tersebut. ‘Perwira’ boleh didengari di semua pelantar digital termasuk Spotify, Joox, Apple Music, KKBox, Deezer dan YouTube Music bermula 17 Julai 2020 manakala video muzik pula bakal disiarkan bermula 24 Ogos 2020. Video muzik ‘Perwira’ diinspirasikan oleh kisah benar kejadian pertempuran di Somalia yang lebih dikenali sebagai insiden ‘Black Hawk Down’ pada tahun 1993.
Malaysia Hari Ini: Perwiraku, JHEV, Berkongsi Cerita Berkongsi Rasa
20, 21 & 24 Ogos 2020, 8.00 – 9.30 pagi, TV3
Majalah 3: Penghormatan Atas Pengorbanan
31 Ogos 2020, 9.00 malam di TV3
Wanita Hari Ini: Susulan Kejayaan
26 Ogos 2020, 12.00 tengah hari di TV3
Nona: Rentas Kemahiran Reformasi
30 Ogos 2020, 2.00 petang di TV3
Apa Kata Orang Muda #AKOM, (2 minit)