Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, acara tersebut akan memfokuskan kepada empat kumpulan iaitu jemaah haji di Tanah Suci, syarikat pengendali, alumni dan bakal haji.
Menurutnya, Arafah #QuranHour itu akan dilakukan pada jam 10 pagi melalui platform Sinar Harian dengan memfokuskan kepada tiga ayat dari Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj.
“Fokus kita pada kali ini ada dua surah yang melibatkan tiga ayat yang fokus kepada sujud seorang hamba, memecah ego dan kesombongan yang ada.
“Kita harap, tahun ini dapat dibuat dengan lebih meluas dengan penyertaan lebih banyak agensi dan juga Tabung Haji itu sendiri.
“Ia akan bermula pada jam 10 pagi pada 8 Julai bersamaan 9 Zulhijjah. Ia akan berlangsung selama 1 jam,” kata kepada Sinar Harian pada Khamis.
Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai dapat menyertai program itu nanti.
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang