Ibu mengandung sukar tidur lena? Ini ada kaedahnya…

JIKA anda alami masalah tidur semasa hamil, jangan biarkannya! Ini kerana, kurang tidur boleh menjejaskan bukan sahaja kepada ibu, malahan bayi dalam kandungan.

Ibu hamil yang kurang tidur boleh mendapat komplikasi kehamilan seperti preeklampsia, iaitu keadaan serius yang menjejaskan tekanan darah dan buah pinggang anda, serta menyebabkan kelahiran pramatang. Jadi, jangan ambil mudah jika anda tidak cukup tidur.

Mengapa ibu hamil sukar tidur lena?

Berikut adalah antara sebab ibu hamil trimester ketiga mengalami kesukaran untuk tidur lena:

Kerap ke tandas

-Tekanan pada pundi kencing anda meningkat memandangkan bayi semakin membesar dan rahim juga semakin besar. Jadi, anda bukan sahaja akan kerap ingin membuang air kecil di waktu siang hari, bahkan juga pada malam hari.

Nafas pendek

– Peningkatan hormon kehamilan akan menyebabkan anda perlu menarik nafas dalam. Anda akan rasa sukar untuk bernafas kerana rahim yang sedang memebsar mengambil lebih ruang, mengakibatkan tekanan terhadap diafragma (otot di bawah paru-paru anda).

Sakit-sakit badan

– Semasa trimester ketiga, anda akan banyak mengalami kejang kaki dan sakit belakang kerana penambahan berat badan anda ketika itu.

Pedih ulu hati

– Wanita hamil biasanya akan mengalami masalah sakit ulu hati, iaitu ketika kandungan perut refluks kembali ke esofagus. Masalah ini membuatkan ibu hamil sukar tidur lena. Tip tidur lena semasa hamil

Bagi meminimakan gangguan tidur di waktu malam, terdapat cara untuk menggalakkan anda tidur lena. Anda boleh cuba cara di bawah:

1) Konsisten dengan waktu tidur anda. Jika waktu tidur anda hari ini adalah pukul 10 malam, teruskan waktu tidur yang sama untuk malam-malam seterusnya.

2) Pilih posisi tidur yang menyelesakan anda. Letakkan bantal ekstra pada bahagian belakang badan atau di antara kaki anda.

3) Bersenam pada siang hari supaya anda boleh mendapatkan tidur lena di malam hari.

4) Pendekkan waktu tidur siang. Jangan anggap meridap atau tidur siang sama seperti tidur malam. Jika anda terlebih ‘rehat’ pada siang hari, tidak mustahil anda akan mengalami kesukaran untuk tidur di malam hari.

5) Mandi atau berendam dalam air panas sebelum waktu tidur.

6) Jangan makan sebelum waktu tidur. Pastikan anda menghabiskan makanan terakhir anda dua hingga tiga jam sebelum waktu tidur.

7) Pentingkan tidur. Jangan berkompromi dengan waktu tidur kerana ini penting untuk kesihatan tubuh anda dan kandungan. Minum segelas ais susu suam sebelum tidur. Ini bagi membantu anda mendapatkan mood tidur.

Sumber: https://hellodoktor.com



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *