Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • TV AlHijrah Pacu Ekonomi Usahawan Tempatan dengan “Bincang Niaga Meriah Raya” Sempena Syawal
  • Business
  • Business
  • News

TV AlHijrah Pacu Ekonomi Usahawan Tempatan dengan “Bincang Niaga Meriah Raya” Sempena Syawal

Helmi Aziz April 24, 2025 2 minutes read
Tulang Belakang Bincang Niaga TVAH.

Sempena Syawal ini, TV AlHijrah memperkenalkan edisi khas “Bincang Niaga Meriah Raya”, sebuah platform pengiklanan yang bukan sahaja mesra poket tetapi juga direka untuk menyokong pertumbuhan ekonomi usahawan Muslim tempatan. Bermula 16 April hingga 16 Mei 2025, siaran langsung dari Studio TV AlHijrah ini mengetengahkan pelbagai bidang dari fesyen Muslimah, makanan halal, produk kesihatan, teknologi, hinggalah ke perkhidmatan umrah & haji. Fokus khas turut diberikan kepada pemain industri umrah bagi membantu mereka memperluas promosi ke khalayak nasional.

Ketua Kumpulan Integrasi Media & Hal Ehwal Korporat, Saifulizan Sidek menyatakan, “Ini bukan sekadar ruang iklan, ia adalah komitmen TV AlHijrah dalam membina ekosistem perniagaan Muslim yang inklusif dan progresif.” Program ini membawa dua pendekatan utama: pakej pengiklanan yang tinggi nilainya dengan harga mampu milik serta kempen di lapangan yang diperkuatkan dengan siaran TV. Ia turut menampilkan sesi bual bicara bersama pakar industri, membincangkan cabaran ekonomi, peluang pasaran dan kisah inspirasi usahawan tempatan.

Bagi pengasas produk Nurrifa, Dilla Puzi, platform ini membuka peluang besar dalam membina keyakinan pelanggan. “Bincang Niaga memberi pendedahan yang sangat berharga dan membantu meningkatkan kredibiliti jenama kami,” ujarnya. Kini masuk tahun kesembilan, program ini bukan sekadar acara tahunan ia adalah sebahagian daripada strategi bersepadu TV AlHijrah dalam memperkasa ekonomi ummah secara menyeluruh. Melalui penyiaran, pendidikan keusahawanan dan sokongan digital, TV AlHijrah komited untuk menjadi jambatan antara usahawan dan masyarakat.

Untuk siaran penuh dan maklumat lanjut, layari https://tvalhijrah.com/bincangniaga atau ikuti TV AlHijrah di saluran TV dan media sosial rasmi.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: TV AlHijrah Tingkat Keupayaan Operasi Melalui Pelancaran 15 Kenderaan Baharu
Next: Miri Set to Shine: Two Mega Concerts Light Up May 2025

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.