Hukum makan pil minda

Hukum makan pil minda

  • June 18, 2019
  • 0 comments

PADA masa kini, pil minda banyak dijual secara meluas di pasaran.

Sebagai umat Islam, bolehkah kita mengambil pil itu untuk kecerdasan minda?

Sebelum menjawab persoalan itu, perlu difahami bahawa Islam menyuruh umatnya berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita atau impian yang diinginkan.

Tiada jalan mudah dan pintas dalam mengecapi kejayaan ini.

Sebenarnya, kecerdikan dan kepandaian dalam sesuatu ilmu pengetahuan diperoleh dengan cara mempelajarinya.

Ilmu tidak boleh diwarisi dan diperoleh melainkan dengan belajar.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya ilmu dengan dipelajari.” (Riwayat al-Baihaqi)

Memetik kenyataan Dr Jamnul Azhar, secara saintifiknya, makanan minda tidak memberi maksud secara langsung boleh mencerdaskan tetapi lebih kepada memperbetulkan fungsi badan.

“Penggunaan pil seperti ini adalah salah satu makanan tambahan tau suplimen yang membantu tubuh badan manusia untuk berfungsi dengan lebih baik,” katanya.

Kembali kepada persoalan asal, sama ada dibolehkan untuk kita memakan pil minda, penggunaan atau pengambilannya adalah harus serta dibolehkan.

Ia kerana perkara itu termasuk dalam perkara-perkara duniawi yang dibenarkan sehingga terdapatnya dalil-dalil yang melarang kepada perkara tersebut.

Ia berdasarkan satu kaedah fiqh yang dinyatakan oleh Imam al-Suyuthi: “Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).”

Justeru, harus dan dibolehkan mengambil pil minda yang terbukti berkesan menurut kajian saintifik selagi pil tersebut tidak mengandungi bahan-bahan terlarang dan diharamkan oleh syarak.

Namun, konsep penyampaian yang digunakan dalam aktiviti pemasaran perlulah dinyatakan secara jelas dan jujur serta tidak memanipulasi fakta sebenar berkenaan pil genius itu.

Seperkara lagi, dari sudut penamaan produk, ia perlu selari dengan konsep yang dibawa, bukan sekadar bertujuan untuk melariskan produk semata-mata.

Itu penting untuk mengelakkan pengguna keliru dan mendapatkan maklumat yang tidak tepat.

Berlaku jujurlah dalam setiap perkara, pasti kita akan mendapat keberkatan pada kemudian hari.

(Sumber: Al-Kafi #1213: Hukum Pengambilan Pil Minda, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge