Radio Televisyen Malaysia (RTM) mula diterbitkan pada tahun 2005 sehingga kini. Rancangan rialiti Syahadah telah menjadi sebahagian daripada persiapan menyambut bulan Ramadhan.
Dokumentari berbentuk sejarah keislaman menjadi pilihan untuk rancangan Syahadah musim ke 16 ini. Ini menjanjikan pendekatan lebih segar dan dekat dihati seluruh rakyat Malaysia. Tema Hijrah; Pendekatan Kandungan Islamik dan Perspektif Komuniti Etnik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Rancangan ini bakal disiarkan sepanjang Ramadan 2022 mulai 3 April di tiga saluran RTM iaitu pukul 6.30 petang (siaran ulangan pukul 4.30 pagi) di TV1, pukul 8.30 malam (siaran ulangan pukul 1.30 tengahari) di Saluran Berita RTM dan pukul 9.30 malam di TV Okey.
Dengan penglibatan seramai 12 orang penerbit, mereka semua telah dibahagikan mengikut zon yang dipilih iaitu zon Selatan, Pantai Timur dan Utara, Sabah dan juga Sarawak. Perjalanan penerbitan juga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 15 episod di Semenanjung Malaysia pada 16 hingga 30 Oktober 2021, manakala bahagian dua pada 12 hingga 28 Februari 2022 yang memaparkan keindahan islam dari pelbagai sudut perspektif di Sabah dan Sarawak.
Perkongsian 30 tajuk bakal menemui penonton sepanjang Ramadhan ini bermula dari zon Selatan yang mengetengahkan tajuk Kunci Syahadah, Mencari Hidayah, Lantera Hidup, Tarbiyah Husnul Khatimah, Perjalanan Hidayah dan jihad ekonomi. Seterusnya tajuk permata syahadah, ibrah anbiya, warisan muslim Georgetown, Hikmah Di Tanjung Bungah, Jihad Mualaf dan Sinar Islam mengandungi kandungan perspektif unik dari zon Pantai Timur dan Utara.
Tajuk menarik yang dibawakan daripada zon Sabah dan Sarawak iaitu Transformasi al-Quran Emas, Warisan Terngganu, E-Braille al-Quran, Nostalgia Pos Dipang, Raudhatul Sakinah, Denai Zikrullah, Tasbih Rindu, Infaq Kasih, Legasi Rosli Bardi, Kekal Satu Kalimah, Legasi Malakalu, Kalam Sufi, Wasilah Perajurit Negara, Kasih Bario, Hijrah Muhibah, Sujud Ini Miliknya, Sampiku Dilemai Ari Kidurong, Vik Ulauk dan Seruan Dakwah Pesisir.
Penonton juga berpeluang menonton di portal online RTM klik rtmklik.rtm.gov.my dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.