Ramadan tahun ini menjadi lebih istimewa dengan kehadiran Sajian Imbauan Desa, hasil kolaborasi pertama antara Gajah Tiga dan Farmer Village yang mengetengahkan konsep buffet berbuka puasa berinspirasikan suasana desa dan bazar Ramadan. Dengan lebih 70 hidangan warisan Melayu, konsep ini direka khusus untuk menggamit kenangan lama sambil mencipta memori baharu bersama keluarga tercinta.
Keunikan Sajian Imbauan Desa terletak pada gabungan kepakaran kedua-dua restoran dalam menyajikan masakan tradisional Melayu yang autentik. Hidangan seperti Rendang Tok, Ayam Masak Lemak Cili Api, Gulai Daging Kawah dan Kambing Golek menjadi antara menu utama yang mencuri tumpuan, manakala Cucur Udang Gajah Tiga kekal sebagai sajian ikonik yang dinanti-nantikan pengunjung.

Pelbagai menu sampingan turut disediakan bagi melengkapkan pengalaman berbuka puasa, termasuk pembuka selera dan aneka kerabu yang segar. Tidak ketinggalan, pelbagai kuih tradisional dan pencuci mulut disediakan untuk memuaskan selera pencinta manisan, menjadikan Sajian Imbauan Desa sebuah buffet yang menyeluruh dari awal hingga akhir hidangan.
Sementara itu, Pengarah Syarikat Gajah Tiga, Nazri Hendra, berharap kerjasama ini dapat memperkukuh dan menaikkan nama kedua-dua restoran dalam arena masakan Melayu. Buffet Ramadan Sajian Imbauan Desa bakal bermula pada 23 Februari 2026, dengan harga bermula dari RM78 hingga RM128. Menariknya, 1,000 pelanggan terawal berpeluang menikmati harga ‘early bird’ serendah RM68 hingga RM98, menjadikan pengalaman berbuka puasa ini lebih berbaloi.


Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi nombor 012-725 9113 / 012-747 9113 atau tekan link Message Farmer Village di WhatsApp.
https://wa.me/message/RUP34T3L32FPB1