Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Formasi PDRM sempena World #QuranHour
  • ATTRACTION

Formasi PDRM sempena World #QuranHour

Helmi Aziz May 31, 2019 2 minutes read
336138.jpg
KUALA LUMPUR – Peserta World #QuranHour 1440H di Masjid Polis Diraja Malaysia (PDRM) disusun mengikut formasi PDRM, antara keunikan program yang diadakan serentak hari ini.

Menurut Ketua Unit Pengimarahan Masjid PDRM, Mohamad Saidi Jaafar, masa lebih satu jam di ambil bagi membuat formasi itu dengan bantuan sepuluh jawatankuasa masjid beberapa jam sebelum berlangsungnya program.

“Kami buat keunikan pada tahun keempat penganjuran kali ini sebagai memeriahkan lagi acara. Program bermula jam 11 pagi ini dijalankan secara santai dan Alhamdulillah semua berjalan lancar dan teratur.

“Hampir seminggu masa di ambil untuk persediaan termasuk hebahan menggunakan skrin TV di masjid dan jemputan bertulis yang diedarkan ke setiap jabatan,” katanya.

Antara peserta yang turut serta di World #QuranHour di Masjid PDRM.

Antara peserta yang turut serta di World #QuranHour di Masjid PDRM.

Bacaan serentak Surah Al-Kahf tepat jam 12 tengah hari di Masjid PDRM Bukit Aman.

Bacaan serentak Surah Al-Kahf tepat jam 12 tengah hari di Masjid PDRM Bukit Aman.

Katanya, pihak masjid konsisten dalam program keagamaan khususnya mendalami ilmu al-Quran.

“Baru-baru ini kita anjurkan majlis khatam al-Quran sempena Ramadan, selain Program Pengajian Berkitab setiap Jumaat dan pengisian serta pemantapan al-Quran sepanjang tahun dibimbing oleh Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM,” katanya.

Dianggarkan 200 anggota PDRM dan orang awam menghadiri program tersebut yang membaca Surah Al-Kahf diketuai Imam 2 Masjid PDRM, Asisten Superintendan Ridhuwan Zaini.

Program terdahulu dimulakan dengan sesi ceramah Ibrah Surah Al-Kahf disampaikan oleh Ustaz Faisal Ismail.

Peserta World #QuranHour disusun dengan formasi PDRM di Masjid PDRM.

Peserta World #QuranHour disusun dengan formasi PDRM di Masjid PDRM.

Sementara itu Timbalan Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard, Datuk Hashim Ali yang turut hadir dalam program itu menyambut program kerohanian dan mendekati al-Quran.

“Saya amat menggalakkan anggota PDRM bukan sahaja membaca al-Quran tetapi memahami intipati kandungan dan mengamalkannya dalam tugas seharian.

“Al-Quran dijadikan panduan dalam menerapkan nilai murni, menjaga etika dalam melaksanakan tugas harian tanpa mengabaikan suruhan ALLAH SWT,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tawaran terhebat buat ahli Big AirAsia
Next: Cerahkan wajah anda dengan daun jambu batu

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.