Firma penyelidikan dan bank pelaburan mengekalkan pendirian positif terhadap cadangan MAHB untuk menjual kepentingannya dalam GHIAL.
KALANGAN firma penyelidikan dan bank pelaburan mengekalkan pendirian positif terhadap cadangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk menjual kepentingannya dalam GMR Hyderabad International Airport Ltd (GHIAL) dengan hasil jualan AS$100 juta (RM478 juta) dapat dimanfaatkan bagi membayar hutang.
CGS-CIMB Securities Sdn Bhd berkata, MAHB perlu membayar balik masing-masing RM600 juta bagi Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) pada 27 Disember 2024 dan bon sukuk RM1 bilion pada 15 Disember 2024.
Selain itu, IMTN berjumlah RM500 juta pula dijangka matang pada 25 April 2025.
“Langkah penjualan oleh MAHB itu adalah bagi pengewangan aset memandangkan ia hanya menerima dividen AS$6.41 juta dividen daripada GHIAL sejak melabur di lapangan terbang itu pada 2008 hingga 2009,” katanya dalam nota pada Khamis.