Fattah Amin Melancarkan Lagu Zikir Ekslusif Sempena Bulan Ramadhan

Fattah Amin Melancarkan Lagu Zikir Ekslusif Sempena Bulan Ramadhan

Bintang popular Malaysia Fattah Amin baru sahaja mengeluarkan lagu zikir khas sempena bulan Ramadan. Melalui aplikasi Mukmin Pro, kini anda boleh mendengar 5 lagu zikir ini. Lagu-lagu zikir yang dikeluarkan oleh Mukmin Pro adalah hasil usaha beliau baru-baru ini untuk menyediakan lebih banyak muzik dan bahan zikir Islamik.

Peminat karyanya pasti akan teruja mendengar suara Fattah dalam genre baru, dan dapat menghayati zikir-zikir ini untuk refleksi dan meditasi spiritual semasa bulan Ramadan yang akan datang.

Aplikasi Mukmin Pro, yang dikenali dengan anataramuka pengguna yang mudah dan ciri-ciri islamik yang boleh dipercayai, akan menawarkan trek ekslusif ini kepada pengguna semasam bulan Ramadan.

Fattah Amin berkata, “Saya bersemangat untuk berkongsi lagu-lagu zikir ini dengan peminat saya dan komuniti Muslim yang lebih luas. Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro, dan saya berharap ia membawa ketenangan dan kedamaian kepada mereka yang mendengarnya semasa bulan Ramadan yang diberkati ini.”

Lima trek zikir iaitu iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, Rabbi Yassir, dan Zikir Fatimah tersedia di aplikasi Mukmin Pro dan dihayati melalui Spotify, Apple Music dan Youtube mulai minggu pertama Ramadan ini edaran Masyhur/ Universal Music.

Mengenai Masyhur

Masyhur adalah label rekod dibawah Universal Music yang turut menyokong inisiatif ini. Masyhur akan berperanan menebarluas karya istimewa ini di semua platform digital seminggu selepas dilancarkan melalui aplikasi Mukmin Pro.

Mengenai Aplikasi Mukmin Pro

Aplikasi Mukmin Pro adalah aplikasi islamik komprehensif yang mempunyai Kompas Qibla, waktu solat, pembacaan dan terjemahan Quran, serta alat islamik lain. Aplikasi ini tersedia di kedua-dua platform iOS, Android dan Huawei.