AITEX 2023 PROMOSI PELANCONGAN ISLAM SEDUNIA

AITEX 2023 PROMOSI PELANCONGAN ISLAM SEDUNIA

Persidangan dan Pameran Haji, Umrah, dan Pelancongan Islam, anjuran Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), akan berlangsung dari 13 September hingga 15 September 2023, di Sunway Hotel Resort di Bandar Sunway, Selangor. Pertubuhan Pelancongan Islam Global (GITO), Majalah Santai Travel, dan Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA) bekerjasama secara strategik untuk mengadakan AITEX 2023.

AITEX 2023 adalah satu acara pelancongan yang bertaraf antarabangsa yang melibatkan pemain industri pelancongan dari seluruh ASIA di dalam mempromosikan Pelancongan Islam serta Haji dan Umrah. AITEX 2023 mempunyai tiga acara yang utama iaitu

1. PERSIDANGAN AITEX – Haji, Umrah dan Pelancongan Islam yang akan berlangsung pada 13 & 14 September 2023 di Dewan Utama, Sunway Resort Hotel. Persidangan AITEX selama 2 hari ini akan mengetengahkan panel-panel professional dari luar dan dalam negara yang terlibat secara langsung di dalam sektor Haji, Umrah dan Pelancongan Islam.

Persidangan AITEX merupakan platform yang penting kepada agensi pelancongan, pelajar dan pensyarah universiti bagi menimba ilmu dan pengalaman dari panel-panel professional seperti dari Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Tabung Haji, Saudi Tourism, Islamic Tourism Center dan lain-lain. Panel-panel professional ini akan membawa topik-topik yang menarik dan bermanfaat di sepanjang 2 hari persidangan berlangsung. Delegasi AITEX 2023 yang dijangka hadiri terdiri daripada agensi pelancongan dari seluruh ASIA seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, India, Bangladesh, Thailand, Cambodia, Sri Lanka, Maldives dan lain-lain.

2. PAMERAN AITEX 2023 – Haji, Umrah dan Pelancongan Islam akan berlansung pada 13 hingga 15 September 2023 bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Pameran AITEX 2023 menyediakan ruang pameran dengan keluasan 7,157 meter persegi yang akan dipenuhi dengan pempamer-pempamer dari timur tengah dan Asia. Pameran AITEX 2023 menyediakan platform bagi agensi pelancongan dalam dan luar negara menjalinkan jaringan perniagaan di dalam industri Pelancongan Islam, Haji dan Umrah. Pameran AITEX 2023 ini juga dibuka kepada pengunjung bagi melihat perkhidmatan serta jualan pakej-pakej pelancongan serta umrah yang dipamerkan oleh pempamer yang mengambil bahagian.

AITEX 2023 menyediakan ruang diskusi khas yang dilengkapi dengan kafe khas kepada pempamer dan pembeli industri (trade buyers) untuk menjalankan jaringan perniagaan masing-masing. AITEX 2023 juga menyediakan Ruang Forum bagi pempamer mengadakan persembahan produk atau perkhidmatan mereka kepada pengunjung. MATA percaya dengan adanya Pameran AITEX dapat membantu agensi pelancongan menjalinkan rantaian perniagaan masing-masing. Ini secara langsung membantu Malaysia mempromosikan produk-produk pelancongan Islam yang ada di Malaysia dan perlu diketengahkan.

3. Malam Anugerah Pelancongan Islam Sedunia (WITA 2023) adalah satu acara yang gilang gemilang sempena AITEX 2023 bagi mengingatikan sumbangan pemain industri yang menaikan Industri Pelancongan Islam ke taraf antarbangsa. WITA 2023 akan akan diadakan pada 15 September 2023 bertempat di Dewan Utama Sunway Resort Hotel. WITA 2023 dijangka akan dihadiri lebih dari 1000 orang dengan lebih dari 100 meja makan. WITA 2023 akan membuka pencalonan anugerah pada 1 April 2023 kepada semua pemain industri pelancongan di dalam dan luar negara yang terlibat dalam Industri Pelancongan Islam. Pencalonan Anugerah bagi pemain industri akan ditutup pada 30 Julai 2023.

Bagi pemain industri pelancongan dan pengujung yang berminat untuk menyertai AITEX 2023, boleh melayari laman sesawang di www.mata.travel bagi mendapat maklumat lengkap mengenai AITEX 2023.