Ella Persembahkan ‘JILID ROCKESTRA ELLA: ROCKERS JUGA MANUSIA’ untuk peminat

Setelah menamatkan siri jelajah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’, ratu rock negara, Ella, kini bersedia mempersembahkan konsert spektakular orkestra rock yang lebih istimewa, bertajuk ‘JILID ROCKESTRA ELLA: ROCKERS JUGA MANUSIA’. Konsert ini akan diadakan pada 9 Ogos 2024 di Plenary Hall, KLCC.

Penganjur konsert, Hitman Solutions dan RockQueen yang kembali bekerjasama selepas kejayaan siri konsert sebelum ini, mengumumkan berita ini dalam sidang media eksklusif bersama rakan-rakan media di Restoran Rumah Nusantara, Sunway Putra Hotel pada petang tadi. Dalam kenyataan terkini, Encik Rohit Rampal, CEO & Pengasas Hitman Solutions, berkata “Bekerjasama dengan Ella dan pasukan RockQueen adalah satu pengalaman yang amat mengagumkan.

CEO dan Pengasas Hitman Solutions, Encik Rohit Rampal menyatakan rasa terujanya untuk kembali bekerja dengan Ella dan pasukan RockQueen. “Bekerjasama dengan Ella dan RockQueen adalah satu pengalaman yang luar biasa. Selepas menganjurkan empat konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ tahun lepas, permintaan daripada peminat masih begitu tinggi untuk melihat Ella beraksi lagi.

Selepas menganjurkan empat konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ tahun lepas, permintaan daripada peminat masih begitu tinggi untuk melihat Ella beraksi lagi. Sebagai tanda penghargaan, kami memutuskan untuk berkolaborasi sekali lagi dan mencipta satu lagi konsert istimewa untuk peminat setia Ella,” kata beliau.

Ella, atau nama sebenarnya Nor Zila binti Aminuddin, menyatakan, “Saya gabungkan dua perkara yang saya sayangkan – sebuah persembahan yang lebih intim dan meluangkan masa bersama peminat-peminat tersayang. ‘JILID ROCKESTRA ELLA’ kali ini adalah peluang untuk saya menerokai gabungan muzik dari album-album saya yang dipersembahkan dalam bentuk yang cukup istimewa iaitu orkestra.”

Tambah Ella lagi, perbezaan utama antara konsert ini dan konsert-konsert sebelumnya adalah gabungan genre rock dengan 15 orang pemain muzik orkestra profesional. “Konsert sebelum ini menceritakan tentang perjalanan seni dan kisah 35 tahun kerjaya saya, yang merupakan representasi lengkap diskografi saya sebagai penyanyi rock. Selain gabungan rock dan orkestra, konsert kali ini memberi kami peluang mempersembahkan kreativiti kami dengan penambahan lagu-lagu hits yang belum sempat dimainkan,” katanya.

Sebagai seorang anak seni yang prihatin, Ella masih mengekalkan solidaritinya terhadap Palestin dan akan terus bersuara demi manusiawi sepanjang berlangsungnya konsert nanti.
“Konsep konsert masih lagi dalam perbincangan namun secara keseluruhannya adalah rapi, dari segi elemen muzik, set pentas, fesyen ‘glam rock’ dan semuanya akan kami ambil kira,
namun secara keseluruhannya boleh saya rangkumkan dalam satu ayat, ‘rockchic rockestra’. “Saya jangkakan durasi konsert akan berlangsung sekitar 2 jam 30 minit dengan 25 buah lagu
yang bakal dipersembahkan, tidak termasuk dengan rangkain lagu-lagu medley yang telah kami gubah demi memenuhi permintaan perminat.

Apa yang pasti, ketika konsert nanti pasti ada kejutan dengan artis jemputan yang istimewa, “Selain artis jemputan, akan ada segmen khas dimana saya akan mendendangkan beberapa buah lagu asli diiringi tarian buat penonton yang hadir. “Selebihnya saya tidak mahu kongsikan kerana malam itu pasti meriah, harapan saya semoga konsert ini menjadi kenangan indah buat semua yang hadir, mendengar muzik saya dengan persembahan audio visual dan pengalaman luar biasa untuk diingati. “Dan ’semoga kita kan jadi seperti dua insan, bercintaaa……’.
“Peace. Love. Rindu.”