Infak Kasih & Piza bermula 7 April sehingga 20 Mei 2023.
DOMINO’S Pizza Malaysia melancarkan kempen Infak Kasih & Piza di seluruh negara bermula 7 April sehingga 20 Mei bagi memberi peluang orang ramai membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Shamsul Amree berkata, inisiatif itu bagi membantu golongan memerlukan agar ia dapat menghidupkan kembali semangat berkongsi rezeki.
Tambahnya, nilai tersebut merupakan pegangan pihak syarikat agar menyatukan setiap lapisan masyarakat dan menggalakkan semangat muhibah dalam kalangan mereka.
“Sebagai daripada janji ‘Its All About You’ kami bertekad untuk menghulur tangan kepada insan lain bagi memainkan peranan demi manfaat masyarakat.
“Usaha ini lebih bermakna lagi dalam bulan puasa, di mana kita digalakkan beramal jariah dan menunjukkan keprihatinan terhadap mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Penerima sajian infak.
Menurut Shamsul, cara terbaik bagi menghulurkan bantuan tersebut adalah menerusi proses pesanan mudah dan menyenangkan penghantaran percuma kepada mana-mana penerima sumbangan pilihan mereka.
Jelasnya, menerusi usaha itu beliau berharap lebih ramai rakyat Malaysia tampil ke hadapan dan memberikan sumbangan positif demi meringankan beban mereka yang memerlukan.
Tambahnya, menerusi sajian infak tersebut membolehkan pelanggan membuat pembelian pukal 10 Piza biasa pada harga RM145 untuk 20 orang (10 kotak) sambil menikmati diskaun sehingga 60 peratus atau penjimatan kira-kira RM214.
“Bagi mereka yang menyumbang makanan menerusi Infak Kasih & Piza, pihak kami akan membalas budi pelanggan atas sokongan dan derma peribadi ini.
“Untuk membuat pesanan, pelanggan hanya perlu memasukkan alamat penerima sajian infak dan memilih cawangan terdekat supaya Abang dan Kakak Domino’s boleh menghantar pesanan ke lokasi tersebut bagi pihak pelanggan secara percuma,” katanya.